"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Makin Kuat Gaduh UMNO – Gerakan

Parti Gerakan tidak berhak menolak permintaan pemimpin Umno negeri untuk jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana segalanya terpulang kepada Presiden BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon seharusnya melihat permintaan Umno negeri itu secara positif kerana cadangan itu dibuat demi kepentingan BN di negeri ini dan mempunyai rasionalnya.

Beliau mengulas kenyataan Tsu Koon yang juga penyandang jawatan tersebutsemalam yang menolak permintaan pemimpin Umno negeri supaya jawatan Pengerusi BN yang kini dipegang oleh Gerakan selama lebih 35 tahun, diserahkan kepada parti berkenaan.

“Jawatan tersebut bukannya hak turun-temurun atau hak seumur hidup kepadamana-mana individu mahu pun parti, maka adalah tidak salah permintaan yangdibuat Umno Pulau Pinang itu dipertimbangkan sebaik-baiknya,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata sejak dua tahun kebelakangan ini, Tsu Koon selaku Pengerusi BN negeri ini telah gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau terutama dalam menggerakkan parti komponen BN bagimenjalankan pelbagai aktiviti untuk kepentingan rakyat negeri ini terutamadi peringkat akar umbi.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Seri ReezalMerican Naina Merican hari ini menyokong cadangan tersebut demi mengembalikankeyakinan rakyat negeri itu terhadap kerajaan pimpinan BN.

“Ini bukan bererti bahawa Umno hendak monopoli BN Pulau Pinang, tetapihakikatnya Umno ada 11 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan dua Parlimen disana. BN Pulau Pinang perlukan parti yang ada kekuatan.

“Beliau tidak lagi boleh sentimental dan perlu melihat kepada realiti. Kitanak merampas Pulau Pinang balik pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, jadi kitaperlulah sepakat. Ini bukan soal parti tetapi perjuangan, bagaimana kita nakyakinkan rakyat kepada BN,” katanya.

Ditanya adakah nanti akan wujud pergeseran dalam BN Pulau Pinang ekoran kenyataan itu, Reezal berkata perbezaan pendapat di kalangan komponen partibukanlah sesuatu yang baru dan berharap perkara itu dibincangkan di peringkat tertinggi BN.

Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno turut mencadangkan jawatan Pemuda BN Pulau Pinang diberikan kepada Umno.

-BERNAMA-

Tiada ulasan: