"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PERKASA bakal jadi parti komponen BN?

WDOnline
Selepas PRU 12 yang lalu, Barisan Nasional yang kehilangan majoriti 2/3 ahli parlimen dilihat begitu terdesak. Ramai pengundi berpaling arah kepada Pakatan Rakyat.

Antara yang ketara, kaum India dan Cina dilihat berduyung-duyung memberi sokongan kepada Pakatan tanpa rasa takut.
Kaum Melayu pula dilihat masih lagi memberi sokongan kepada Umno walaupun ada yang berubah angin kepada Pakatan.

Namun sejak akhir-akhir ini, Umno tidak berdiam diri untuk mengekalkan nyawa nazaknya iaitu Melayu. Umno cuba mengekalkan kaum Melayu memberi sokongan kepadanya. Banyak isu perkauman yang dimainkan oleh Umno.


Antaranya menyerang kerajaan Pulau Pinang dengan mendakwa DAP menindas Melayu Pulau Pinang padahal Melayu Pulau Pinang menjadi mundur adalah kesan daripada 50 tahun pemerintahan BN. Namun ianya digelapkan daripada media massa.

Pelbagai usaha telah dilakukan Umno-BN bagi mengembalikan pengaruhnya yang semakin terhakis.

Orang membenci Umno-BN, mereka cuba menubuhkan parti alternatif bagi kaum-kaum tertentu asalkan menyokong kerajaan BN. Seperi contoh tertubuhnya parti Makkhal Sakti yang akhirnya tiada hujung pangkal selepas Presidennya dipecat.

Parti Cinta Sayang berkemungkinan daripada usaha BN membina balik imej buruk di kalangan kaum Cina kerana bagi BN, apa sahaja jalan, asalkan dapat memerintah Malaysia.

Sekarang, Umno-BN sedaya upaya untuk mengekalkan sokongan daripada orang Melayu. Walaupun kajian pihak-pihak tertentu dilihat Melayu masih lagi memberi kepercayaan kepada BN, namun PRU 13 akan datang mungkin sebaliknya berlaku.

Fobia Umno-BN dengan tragedi PRU 12, menyebabkan Umno-BN berhati-hati dalam percaturan.

Siapa tahu tanpa diduga, berkemungkinan 'raja katak', Dato’ Ibrahim Ali yang tergesa-gesa mencari pengaruh ke seluruh negara menubuhkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merupakan permainan Umno-BN dalam meraih sokongan orang Melayu yang tidak mahu bersama dengan Umno.

PERKASA kononnya memperjuangkan hak-hak kaum peribumi. Dengan kata lain, memperjuangkan kemelayuan orang melayu. Mereka cuba membangkitkan semula semangat asobiyyah Melayu dalam diri kaum pribumi.

Kebanyakan pemimpin dalam PERKASA adalah orang-orang buangan Umno yang masih lagi ada hati berjinak dengan Umno tapi malu-malu kucing. Antaranya ialah Presiden PERKASA ialah Raja Katak sendiri.

Ibrahim Ali cuba membina pengaruhnya di seluruh negara agar karier politiknya tidak terus mati dek perangai kataknya yang suka melompat kemana sahaja dia suka. Boleh dikatakan, Ibrahim merupakan manusia yang mempunyai parti yang banyak (tiada pendirian).

Selepas memberontak terhadap PAS yang menjadi tempat berteduh selepas ditendang Umno, namun ketagihan perangai kataknya itu menyebabkan beliau tidak senang duduk dalam PAS. Maka beliau cuba mencipta pergaduhan dengan PAS. Tidak cukup dengan parti politik, cuba berjinak-jinak dengan pelbagai NGO.

Sekarang, oleh kerana pinangan Umno untuknya tidak kunjung tiba, maka dengan tersengih-sengih beliau menghidupkan PERKASA dengan rakan-rakan buangan Umno. Mereka menjaja PERKASA ke seluruh negara dengan menubuh cawangan di peringkat negeri. Dengan kata lain, cuba membina pengaruh.

Maka tidak mustahil, apabila sasaran kemelayuannya tercapai, Ibrahim Ali akan mengumumkan PERKASA sebagai parti komponen baru Barisan Nasional. Tidak mustahil terjadi bagi 'raja katak' seperti Ibrahim Ali.

PERKASA hanya menjadi platform Ibrahim Ali sebagai batu loncatan menghidupkan kembali karier politiknya.

Mungkin PRU 13 akan datang, Ibrahim Ali tidak lagi bertanding atas tiket bebas atau mana-mana parti yang pernah disertainya, tetapi dengan parti baru iaitu PERKASA atau sewaktu dengannya.

http://warkahdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan: