"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Panas : Seorang Wanita digunakan untuk fitnah, jatuhkan Maruah DS Nizar

Love Perak
 Semua Ahli Dewan Undangan Negeri khasnya DSNizar perlu lebih berhati-hati dengan sebarangan tindakan,kerana masih terdapatnya berbagai usaha-usaha Jahat Pihak tertentu untuk menjatuhkan atau memalukan mereka.

Bukan sahaja ADUN,tetapi juga Pegawai-Pegawai Khas atau Pembantu mereka perlu lebih peka dengan sebarang keadaan atau tindakan yang mencurigakan.

Perlu juga diberi perhatian kepada Pengadu-pengadu yang hadir ke Pejabat-pejabat Pusat Khidmat,bila mereka berurusan.

Baru-baru ini,seorang Petugas hampir-hampir terperangkap dengan kerenah seorang pengadu,bila dirujuk balik...pengadu ini memang sebelum ini membawa berita-berita Fitnah terhadap DS Nizar sewaktu DSN menjadi MB Perak yang sah.

Saya bersama sahabat diwaktu itu hampir mempercayai fitnah yang dibawa oleh siperempuan itu yang merupakan seorang bekas Guru di salah sebuah sekolah di Taiping.Tambahan lagi isteri salah seorang Petugas Parti Pas bukit Gantang hampir-hampir hilang sokong kepada PAS dan khususnya kepada DSN .

Perempuan yang dimaksudkan itu seorang Andaratu mungkin mengalami masaalah mental atau dipergunakan oleh Pihak tertentu untuk menjatuhkan DSN.

walau apa pun Perjuang Islam tetap kami teruskan dan mohon kehadrat Illahi agar kami dilindungi dari segala kejahatan da
n perancangan jahat Pihak musuh.
-utaraonljne-

1 ulasan:

KASIHCIKGU berkata...

salam persahabatan. ada lagi ka ruang untuk blog listkan sgkasai di sini? TQ