"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes budak mati didera, kenapa keluarga perempuan biarkan anaknya bertelingkuh?

Anok Manir, Terengganu
Malaysia digemparkan buat seketika dengan kes adik Syafia Humairah Sahari, 3 tahun yang mati didera oleh buaya friend kepada si ibu. Kalau di Chile digegarkan dengan gempa bumi berukuran 6 skala ritcher, di Malaysia yang dikatakan Negara islam contoh ini pula digegarkan dengan kes bunuh budak mentah berumur 3 tahun. Dan lebih menghangatkan lagi melebihi kehangatan gempa bumi di Chile, ianya dilakukan oleh buaya friend si ibu.

Si ibu keluar dalam Buletin TV3 suku sambil menangis kesedihan berjumpa dengan Datuk Sharizat Abdul Jalil. Untuk apa menangis sedangkan beliau sendiri memilih untuk menjadi kekasih kepada Buaya friend yang menjadi punca kejadian pembunuhan ini? Menangis sepatutnya kepada Allah S.W.T memohon ampun diatas dosa yang dilakukan. Bukannya memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Yang menghairankan banyak pihak ialah, kenapa tidak dicegah hubungan terlarang ini oleh sanak saudara terdekat, jiran sekampung mahupun rakan sekerja? Mustahil tiada yang tahu hubungan terlarang pasangan ini kerana mereka sendiri mengakui hubungan mereka agak lama. Si ibu tinggal dikampung satu negeri dengan ibunya. Bukannya jarak jauh seperti Selangor-Terengganu. Tak kan tiada yang tahu akan hubungan ini?

Tambah tidak logik lagi ialah rumah mereka rumah kampung yang dikelilingi jiran. Bukannya rumah teres berpagar seperti taman-taman perumahan yang amat ‘privacy’. Adakah jiran-jiran jenis buta tuli tidak ambil peduli, hanya sibuk dengan kerja dengan harapan agar cepat jadi kaya supaya boleh beli Proton Perdana?

Keluarga siperempuan pula, takkan tak tahu anak tinggal serumah dengan kekasih? Kalau bernikah, tak kan Mak dan Ayah (jika masih ada) tidak tahu? Peristiwa seperti ini memang pelik. Pelik kerana berlaku dalam masyarakat Melayu Islam yang kononnya masyarakat yang baik.

Kes ini berlaku diSelangor, negeri Pakatan Rakyat. Ianya sedikit sebanyak menarik perhatian banyak pihak kerana perlaksanaan siasatan hinggalah kepada penjatuhan hukuman berlaku dalam negeri Pakatan Rakyat.

Tetapi PAS dalam Pakatan Rakyat Selangor bukannya memerintah secara bersendirian seperti di Kelantan, PAS diSelangor berkongsi kuasa bersama Keadilan Rakyat dan DAP. Jadi awal-awal lagi, jangan kita berharap hukuman hudup cara islam akan berjalan dalam kes ini. Yang kita boleh lihat adalah hukuman dari Mahkamah Syariah cara inggeris, denda 1000 rial dan mungkin sebatan (jika bersalah).

Tiada ulasan: