"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BBC Selangor Teguh Bersama PR, MB

SHAH ALAM 5 MAC: Ahli-ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor terus menyatakan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan kepimpinan di bawah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Timbalan Pengerusi BBC, Dr. Abd Rani Osman mengutuk tindakan keluar parti oleh ketiga-tiga orang Ahli Parlimen kawasan Bayan Baru, Nibong Tebal dan Bagan Serai, iaitu Zahrain Hashim, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli Samsuri yang sekarang merupakan Ahli Parlimen bebas.

“BBC melihat tindakan yang membelakangi mandat yang diberikan rakyat ini sebagai sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PR.

“Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada PKR dan mahu membina barisan indipenden bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba. Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan," kata Timbalan Pengerusi BBC Selangor, Dr Abd Rani Osman.

Dalam pada itu, beliau megutuk alasan diberikan oleh mereka yang keluar parti baru-baru ini merupakan jalan mudah semata-mata untuk menutup kelemahan peribadi dan cara kerja yang semakin merosot di pandangan mata rakyat.

Abdul Rani berkata BBC di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan EXCO akan sentiasa bekerja keras untuk membangunkan Selangor.

“Di bawah konsep besar Merakyatkan Ekonomi Selangor, kerajaan PR Selangor telah membawa perubahan dalam mentadbir kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan dahulu. Pelbagai program telah dilancarkan untuk memanfaat golongan anak-anak kecil, pemuda yang menuntut di IPT dan golongan usia emas.

“BBC juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk dasar-dasar kerajaan. BBC juga bergiat aktif dalam kesemua jawatankuasa tetap dan jawatankuasa pilihan khas yang ditubuhkan Dewan Negeri Selangor untuk memantau pentadbiran," tegas Dr Rani.
-tvselangor-

Tiada ulasan: