"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar Gagal?

duniatabligh
Akhirnya hero reformasi, Dato Seri Anwar Ibrahim terkulai dek karenah balaci-balacinya sendiri. Semangat kepuakkan dalam PKR membawa padah apabila kumpulan Sahabat Anwar dan Kumpulan Pemuja Anwar selalu membuat onar. Kumpulan Sahabat Anwar seperti Salehudin, Zahrain, Muhsin dan Kumpulan Pemuja Anwar seperti Ezam, Ruslan Kasim,Zamry Abdul Kadir(masa reformasi) Lokman Adam memporak peranda PKR.

Ada juga pendokong Anwar yang masuk PAS seperti IR Saari Sungip dan Anuar Tahir.

Anwar gagal mengawal PKR kerana terlalu percaya sahabat-sahabat lama daripada anak muda yang baru berjuang bersamanya (tulis saudara Zukri). Karisma Anwar tidak malap tetapi kebolehan menakluk Anwar semakin tumpul. Anwar mencari kesetiaan!, untuk terus mengapai cita-citanya.

Apakah pilihan Anwar?

Saya tidak mengetahui sama ada Anwar ahli PKR atau tidak. Kenapa beliau rela membiarkan isterinya pening kepala memikirkan persoalan PKR sedangkan beliau telah bebas. Apakah muslihat beliau?.

Mungkinkah beliau akan masuk PAS dan bakal ditabalkan sebagai Presiden PAS. Jika TGHH masih bernostalgia dengan zaman ABIM, insyaAllah TGHH mempermudahkan laluan Anwar. Jikalau sebaliknya, mungkin perpecahan akan berlaku. Satu yang kita harus tidak lupa, mantan ahli Suara Islam dan IRC yang lebih rapat dengan Anwar daripada Presiden PAS sedang berada dalam struktur-posisi parti yang strategik. Mereka bila-bila masa boleh menyokong Anwar.

Apapun pilihan Anwar, pendokong tegar liberal ini telah gagal mengawal balaci-balacinya. Nampaknya Anwar terpaksa mencari orang sekental YB IR Khalid Samad sebagai penyokongnya berbanding pimpinan yang ada sekarang.

Anwar bukan pilihan PMku berbanding Dato Husam Musa (TGNA dan TGHH mungkin akan keuzuran pada masa depan. Cuma Husam kena buang sikap elitnya).

Oleh Wan ziarahsufi

Tiada ulasan: