"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu 'ceroboh' gereja, Al-Islam mohon maaf

Majalah Al-Islam membuat permohonan maaf secara terbuka kepada gereja Katolik dan penganut Kristian berhubung penyiaran artikel 'Tinjauan Al Islam dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad', keluaran Mei 2009.

NONEPermohonan maaf itu dibuat menerusi laman sesawang penerbitnya, Utusan Karya pada jam 6 petang semalam.

Menurut permohonan maaf itu lagi, artikel berkenaan tanpa disengajakan telah menyinggung perasaan para penganut agama Kristian, khususnya Katolik.

“Tinjauan itu dilakukan bertujuan mencari kesahihan dakwaan orang awam berhubung isu tersebut.
Al Islam juga sama sekali tidak berniat untuk menghina agama Kristian, apatah lagi mengganggu atau menceroboh rumah ibadat mereka.”

Dalam permohonan maaf itu, pengarang
Al-Islam juga berkata dua wartawan yang terlibat turut memohon maaf kerana tidak menyedari apa yang mereka lakukan semasa melaksanakan tugasan tersebut telah menyinggung perasaan para penganut agama Kristian.

Al-Islam juga berharap perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi

Malaysiakini difahamkan Paderi Besar Katolik, Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam telah dimaklumkan berhubung permohonan maaf itu.

NONEBagaimanapun usaha menghubungi beliau di kediamannya untuk mendapatkan ulasannya belum berjaya.

Menurut sumber yang rapat dengan Utusan Karya, permohonan maaf telah lama disediakan tetapi tidak dapat disampaikan dengan segera kerana terpaksa dirujuk kepada peguam majalah itu bagi menggelakkan sebarang implikasi perundangan.

Permohonan maaf yang sama juga akan disiarkan dalam Al-Islamkeluaran April 2010 yang akan berada di pasaran pertengahan bulan ini.

Pakiam pada
sidang medianya Khamis lalu berkata, beliau yakin masyarkat Katolik akan berpuas hati jika wartawan berkenaan dan penerbitnya mengambil keputusan untuk memohon maaf.

Beberapa pihak juga cuba
mengeruhkan lagi suasana dengan merancang demonstrasi bagi mendesak peguam negara supaya meneruskan tindakan ke atas wartawan Al-Islam yang 'menceroboh' gereja itu.

Bagaimanapun tindakan mereka tidak direstui dan disokong oleh Pakiam dan kebanyakan pertubuhan Kristian yang lain.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: