"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Semua Akan Disejukbekukan ‘Keep Frozen’

professor
Alhamdulillah , secara berperingkat – peringkat seperti yang disebut – sebut oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan juga blogger’s , maka sampah , kudis , kurap , duri dalam daging dan parasit sudah keluar.

Untuk peringkat awal ni , cuma dapat peluang keluar tv masa pengumuman sahaja. Itu adatlah. Bagi gempar sikit. Biar kecut perut Anwar , PKR & PR. Tapi sayang , Cuma 2,3 hari saja.

Selepas ini , anda semua tak akan ada peluang lagi keluar tv, seperti mana yang berlaku pada sdr kita terdahulu ezam. Maka selepas ini , bersedialah anda semua akan di heret ke sana dan ke mari dalam siri – siri ceramah bagi memberi sesi penerangan bahawa anda keluar PKR kerana prinsip , kerana perjuangan , kerana PKR sudah seleweng , kerana PKR sudah hilang tumpuan , kerana PKR sudah tidak arah dan tujuan , blab la bla……. Itu pun hanya untuk satu jangkamasa yang pendek sahaja. Selamat maju jaya kepada anda semua. Namun , tunggu lah , sedikit masa lagi , anda semua akan disimpan dalam peti sejuk pada takat beku. Anda nanti akan direhatkan sambil berbelanja wang habuan masing – masing sumbangan Najib. Percayalah , selepas ini , diantara sebab – sebab anda akan disejukbekukan ialah ;-
i. Anda sebenarnya adalah bahan buangan dari PKR.

ii. Mana mungkin UMNO sanggup secara waras dan bersungguh – sungguh menantang dan membelai anda semua dengan penuh kasih sayang , melainkan hanya sebagai umpan saja

iii. Anda tidak mungkin dikitar semula dalam UMNO untuk dijadikan bahan berguna , melainkan sebagai alat saja

Sekiranya anda dibenarkan keluar dalam media – media masa , elektronik atau suratkhabar , anda hanya akan menimbulkan kemarahan rakyat jelata saja. Semua ini Najib tidak akan mengambil risiko.

Selepas ini anda semua harus berbelanja secara berhemah segala bayaran yang sudah dan akan diterima. Ini kerana selepas ini rezeki anda sudah tidak ada lagi samada dalam PR mahupun BN.

Setakat itu sahaja tugasan anda. Terima kasih.

Tiada ulasan: