Johari Jaafar
Cerita tentang pelajar sekolah melakukan perbuatan tidak bermoral terutama bercunbu-cumbuan dengan temam lelaki bukan satu cerita yang anih. Malah sudah ramai pelajar perempuan di sekolah menengah mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sudah mengadakan hubungan seks dan akhirnya mengandung anak luar nikah.
Apa hendak jadi dengan pelajar kita sekarang ini, nafsu mengatasi segala galanya. Mereka tidak takut pada dosa. Mereka tidak dengar nasihat ibubapa lagi. Bagi mereka teman lelakinya adalah segala galanya.
Oleh kerana sejambak budi tergadai `body'. Sudah terlanjur baru hendak terngadah, bila nasi sudah menjadi bubur, perut sudah mula membuncit, apa hendak dikata, salah sendiri.
Baru-baru ini cerita seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun di Hulu Terangganu yang melakukan hubungan seks lebih 20 kali sejak November tahun lalu dengan teman lelakinya, bekas penagih dadah mengundang padah apabila dia kini disahkan mengandung 12 minggu.
Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Sipol, tampil membuat laporan polis mengatakan dia dirogol pada 27 Februari lalu oleh teman lelakinya berumur 27 tahun, yang juga Orang Kena Perhatian (OKP) oleh Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK).
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berdasarkan laporan, mangsa keluar rumah Sabtu lalu, kira-kira jam 11 malam untuk berjumpa teman lelakinya di Kampung Kepah dan pertemuan itu menyebabkan dia dirogol sebanyak dua kali.
Kejadian itu diketahui ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi keesokan harinya (Ahad) yang kemudian memaksanya mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.
Namun, hasil siasatan awal mendapati mangsa sebenarnya telah melakukan hubungan seks secara sukarela lebih 20 kali.
Ini semua berkisar kepada soal cinta, jatuh cinta, betul lah kata orang tua tua, bila jatuh cinta tak kenal botol kicap dan botol cuka. Bila hati sudah sayang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Cinta memerlukan pengorbanan, kerana itu mereka sanggup korbankan 'body' dan maruah demi cinta sejati.
Pelajar perempuan terlalu mudah terjerumus, di samping mereka mungkin juga terpengaruh dengan filem-filem yang menonjolkan adegan yang tidak sepatutnya.
Ibu bapa tidak harus dipersalahkan 100 peratus kerana masa pelajar ini lebih banyak di luar dari di rumah. Macam mana ibubapa hendak mengawal sedangkan pengaruh di luar lebih mengatasi pengaruh ibu bapa.
Mereka lebih mendengar kata-kata kawan rapat atau kekasih mereka dari ibu bapa mereka sendiri. Kalau hati sudah suka, ke mana pun mereka sanggup pergi.
Inilah padahnya bila sudah terlalu sayang kepada teman lelaki, mereka sanggup tinggalkan ibu bapa. Tidak sekadar ini, mereka sanggup melakukan penzinaan atas dasar suka sama suka. Mereka kata suka sama suka tak apa, tetapi bila perut sudah membuncit baru tahu apa akibatnya.
Didikan agama dari awal penting dalam menghindari perkara jijik begini, tetapi didikan agama juga tidak mampu mencegah perkara ini jika faktor faktor luaran tidak dikawal.
Kerajaan perlu memastikan suasana di luar tidak mengundang kepada gejala maksiat, program-program yang mungkar perlu disekat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan juga perlu dikawal, melalui pergaulan bebas lelaki dan perempuan inilah yang akan mendorong kepada gejala maksiat.
1 ulasan:
Dasar sekolah kebangsaan memang bukan nak didik akhlak pelajar menjadi baik
tapi mementingkan akademik semata-mata..yang penting dapat 5A,20A itu aje motif mereka...lagi ramai pelajar yang cemerlang lagi glamour sekolah...akhlak tolak tepi
Catat Ulasan