"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibrahim Ali dapat permit akhbar

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menerima surat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali memberitahu
Malaysiakinibahawa akhbar berkenaan berjudul Suara Perkasa.

Ditemui di pejabatnya hari ini, Ibrahim bagaimanapun berkata beliau belum memutuskan tarikh untuk mula mencetak akhbar berkenaan.

NONEKelulusan daripada KDN itu diterima hari ini melalui sepucuk surat, kata Ibrahim.

Akhbar tersebut akan dikeluarkan setiap dua minggu.

Menjawab soalan, Ibrahim berkata: "Tengok kalau kita mampu, kita akan buat harian pula (selepas ini)."

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas kebelakangan sering mendapat liputan media berhubung kenyataannya membela hak orang Melayu dan Islam.

Beliau membuat kenyataan itu selaku presiden PERKASA dan menerajui penubuhan Majlis Perundingan NGO Melayu minggu lalu.

Penerbitan akhbar berkenaan dijangka membuka lebih banyak ruang kepada Ibrahim yang sering lantang menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: