"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Petualang lompat parti jadi kuda tunggangan Umno

Izam Noor
Pada pandangan peribadi saya mengenai berberapa pemimpin dari PR yang keluar dari parti dan menyokong parti pemerintah (Umno/BN) menunjukkan mereka ini adalah pengkhianat kepada pengundi yang memilih mereka dalam pilihan raya yang lepas.

Memang tidak dinafikan lagi bahawa pemimpin seperti ini hanya mementingkan kepentingan peribadi daripada kepentingan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat seluruhnya.

Pemimpin seperti ini hanya akan dijadikan kuda tunggangan Umno dan BN untuk mereka jadikan bahan dan modal bagi mereka untuk meraih sokongan rakyat namum begitu rakyat tidak sekali-kali akan tertipu dengan dakyah mereka ini kerana pembohongan yang dilakukan oleh mereka telah menunjukkan bahawa mereka inilah petualang yang sebenarnya.

Lihatlah nanti apabila tiba pilihan raya akan datang peserta-peserta lompak katak ini akan menjadi balaci dan pencacai untuk mencari penyokong untuk meraih undi simpati, tiada jawatan penting yang akan diberikan kepada mereka oleh Umno/BN kerana mereka adalah pertualang yang bila-bila masa saja akan beralih disebabkan pangkat dan kepentingan tidak tercapai.

Rakyat boleh menilai yang mana baik untuk mereka. Bagi parti PKR dan PR, ini adalah satu kebaikan demi untuk mengekalkan pemimpin yang betul-betul memenuhi aspirasi rakyat yang berjuang demi bangsa, agama dan seluruh rakyat yang berbilang kaum tanpa mengira kepentingan diri dan keluarga.

Kepada PKR, buat lagi pembersihan secara total supaya tiada lagi petualang yang tinggal di dalam PKR dan hanya pemimpin yang benar-benar jujur sahaja yang layak untuk memimpin PKR dan PR demi keutuhan parti. Pemimpin boleh datang dan pergi namun rakyat akan sentiasa tetap akan memilih yang terbaik untuk mereka.

Tiada ulasan: