"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Lompat Parti: Memang Salah Anwar!

dewa
Artikel saya kali ini berbeza benar dengan artikel-artikel lain yang saya tulis selama ini. Artikel ini mengkritik Anwar Ibrahim secara tajam dan menyerlahkan 5 kelemahan besar Anwar Ibrahim yang sekiranya tidak diperbetulkan akan menyebabkan lebih ramai ahli PKR lompat parti dan hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Kalau korang nak kutuk saya pun saya tak kisah sebenarnya.. Saya memang muka tebal.

Sebelum saya mengulas, izinkan saya menjelaskan serba sedikit tentang latar belakang saya. Sewaktu reformasi dahulu, bapa saya dan saya adalah antara mereka yang turun padang berdemonstrasi dan dilanyak oleh polis-polis dan FRU. Kami berdemo dan berdepan dengan polis dan FRU bukanlah kerana kami sokong sangat kepada Anwar tetapi kerana kami yakin Anwar dizalimi.

Kebanyakan yang turun padang dan bela Anwar selama ini pun bukan dari golongan UMNO yang begitu asyik mengampu dan cuba mengambil hatinya sewaktu beliau berkuasa. Sebaliknya, mereka yang kuat membantu Anwar termasuklah Allayarham Ustaz Fadzhil Noor, kepimpinan PAS dan ahli-ahli serta penyokong PAS seperti kami.

Selepas Anwar bebas dari penjara, Anwar aktif dengan PKR dan memenangi kerusi yang banyak. Sejauh mana 'faktor Anwar' dalam memenangi kerusi-kerusi tersebut tidak jelas. Yang pasti, kompromi PAS merupakan antara faktor utama memandangkan PAS tidak tamak.

Sewaktu PRU dahulu, di sana sini penuh dengan poster UMNO : "Angan-angan Mat Jenin, kerusi pun tak cukup nak memerintah". PAS abaikan sahaja kerana kita tak tamak.

Meskipun begitu, 5 kelemahan Anwar sekiranya tidak diperkemas akan memudharatkan kita semua. Berikut ialah kelemahan tersebut:

5 KELEMAHAN ANWAR YANG MESTI DIPERKEMAS

1. Anwar kena ada pendirian yang jelas!

Dalam pelbagai isu, Anwar dilihat cuba menonjolkan diri sebagai seorang yang moderate dan sederhana tetapi sangat jarang Anwar dilihat menyerlahkan prinsip dan sokongan padu pada Islam.

Anwar berulangkali mengatakan bahawa Anwar tidak menyokong konsep negara Islam. Lihatlah sendiri rakaman di youtube. Sepatutnya, Anwar diam sahaja. Lebih baik lagi jika Anwar mengatakan bahawa negara Islam tidak menzalimi sesiapa tetapi keutamaan Anwar ialah memastikan konsep keadilan sejagat yang sememangnya dituntut oleh Islam dilaksanakan di negara ini.

Dalam isu Allah, Anwar segera buat kenyataan media bahawa PKR tidak menghalang non-Muslim dari guna nama Allah. Pendirian PAS jua sama tetapi kaedah PAS cukup bijak. PAS mulakan dengan perbincangan natara ulamak, kemudian muzakarah dan berbincang dengan tokoh-tokoh agama dan seterusnya menerangkan secara perlahan-lahan kepada rakyat. PAS jua menegaskan bahawa mesti ada garis panduan jelas untuk menghalang dakyah atau usaha mengelirukan umat Islam.

Ini berbeza benar dengan kaedah Anwar yang kelihatannya terlalu mementingkan sokongan non-Muslim.

2. Anwar terlalu lembut.

Anwar bersifat terlalu lembut terhadap mereka yang bermusuhan dengan Pakatan dan mereka yang berkhianat. Sewajarnya, amaran keras diberikan bahawa mereka khususnya ahli PArlimen dan ADUN Pakatan yang mengambil rasuah dan lompat parti akan diberkas dan akan dikenakan seberat-berat hukuman apabila Pakatan memerintah. PAS dan Pakatan jua sewajarnya menjelaskan bahawa rang undang-undang yang membolehkan kerajaan merampas semua harta benda ahli politik yang diperolehi melalui rasuah akan dibentangkan dan mereka yang melompat parti kerana rasuah akan dikenakan seberat-berat hukuman.

Sebaliknya, tiada apa-apa komen tajam dikenakan kepada mereka yang lompat parti. Setakat marah-marah gitu sahaja.

3. Anwar tidak berhati-hati dalam memilih calon.

Calon PKR ramai yang menghampakan. Contoh termudah ialah mereka yang lompat parti dan ZulKifli Noordin. Sekalipun Anwar sudah memohon maaf kerana meminta kita mengundi calon-calon sampah ini, Anwar pelu lebih berhati-hati di masa depan.

4. Anwar tiada perancangan peralihan kuasa.

Kadangkala, Anwar Ibrahim kelihatan agak tamak kuasa. Contohnya, pelan peralihan kuasa tidak pernah dibincangkan dengan jelas. Contohnya, Anwar boleh membuat kenyataan bahawa golongan pelapis dan tokoh tertentu akan mengambil alih kepimpinan PKR sekiranya Anwar dizalimi atau dimasukkan ke dalam penjara.

Contohnya, sewaktu zaman Rasullullah SAW, beberapa calon telah dinyatakan sebagai mereka yang akan mengambil alih kepimpinan dalam peperangan sekiranya pemimpin tentera Muslim terbunuh. Sekiranya A terbunuh, maka B akan mengambil alih. Sekiranya B terbunuh, C akan mengambil alih.

Anwar jua boleh membuat kenyataan media bahawa sekiranya dirinya dimasukkan ke dalam penjara atau dibunuh terus oleh golongan tertentu, beliau mahu penyokong PKR agar memberi kepercayaan dan mengundi PAS di bawah kepimpinan Tok Guru.

Pendek kata, Anwar perlu menunjukkan bahawa PKR boleh berdiri tanpa dirinya. Persepsi pada masa ini ialah sekiranya Anwar tiada, tamatlah riwayat PKR. Macam Alexander the Great. Selepas kematiannya, emapayarnya pun jatuh.

5. PKR mempunyai imej Anti-Islam

UMNO berjaya menonjolkan imej PKR seolah-olah anti-Islam. Sedikit sebanyak, ini berpunca dari kelemahan perancangan kepimpinan PKR. Sewajarnya, PKR mengadakan kem-kem agama dan kursus antara agama untuk mengajar ahli dan kepimpinan PKR isu-isu berhubung keadilan Islam dan toleransi antara agama. Isu sensitiviti agama perlu difahami dengan hujah dan ilmu.

PKR , PAS dan DAP jua sewajarnya mempunyai akhbar bersama, samada secara online atau secara cetakan biasa. Akhbar media perdana seperti Utusan dan Berita HArian berkempen untuk BN tetapi pAS , PKR dan DAP tiada platform sedemikian, sekalipun sudah memerintah beberapa negeri.

Wassalam . Ps: kita kena amanah.

Dari Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: “Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: “Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan, Kata Huzaifah:” Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya.” Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)”

Tiada ulasan: