"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sultan Pahang boleh ampun Kartika

Sultan Pahang mempunyai kuasa untuk mengampunkan Kartika Sari Dewi Shukarno atau mengurangkan hukuman sebatan syarie sama ada dia merayu atau tidak mengikut undang-undang syariah, kata Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (bawah).

regent of pahangMenurut baginda, hasil pertemuannya dengan bekas model itu, hari ini akan dipersembahkan kepada Sultan Pahang dalam tempoh dua hari.

Kuasa Sultan itu adalah mengikut Seksyen 133, Enakmen Jenayah Syariah Pahang 2002.

Kartika kini menunggu pelaksanaan hukuman sebat kerana kesalahan minum arak.

20 Julai tahun lalu, Kartika, 33, didenda RM5,000 dan diarahkan diberi enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Dia memNONEbayar denda itu tetapi enggan merayu hukuman sebatan itu yang telah ditangguhkan beberapa kali.

Kartika (kanan) tiba di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah di sini, pagi tadi.

Pada sidang medianya, Tengku Abdullah berkata nasib Kartika bergantung kepada budi bicara Sultan Ahmad Shah kerana baginda mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan walaupun tiada sebarang rayuan dibuat Kartika.

-malaysiakini-

-macam tu lah hebatnya negara kita ni. Malaysia Boleh!!-

Tiada ulasan: