"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Le Tour de Langkawi: UMNO berjaya mengaibkan Tok Guru Nik Aziz 4 kali!

dewa
UMNO akhirnya berjaya mengaibkan Tok Guru sebanyak 4 kali melalui kaedah keji mereka. Pertamanya, mereka berpakat agar Tok Guru selaku MB dihalang dari naik pentas perasmian Le Tour de Langkawi. Kemudiannya, mereka meletakkan Tok Guru disebelah Awang Adek untuk menyaksikan Awang Adek merasmikan majlis tersebut bagai pak turut. Mari lihat secara terperinci:

1. Ini merupakan kali pertama Kementerian Belia dan Sukan terlibat menganjurkan LtdL. Maka peluang ini diambil untuk memalukan Tok Guru. Pertama, Tok Guru dihalang dari naik pentas seperti penjenayah.

2. Awang Adek dengan angkuhnya enggan berdiri malah duduk selamba dek sahaja ketika ketibaan Tok Guru sedangkan masyarakat sekeliling termasuk wakil luar bangun tanda hormat.

3. Awang Adek dengan angkuh mengetepikan Tok Guru dan merasmikan sendiri LtdL tersebut tanpa memaklumkan kepada Tok Guru dari awal, bertujuan untuk memalukan Tok Guru. Dari awal lagi, Tok Guru telah dipersetujui akan merasmikannya. Tindakan UMNO yang suka merampas dibawa ke bidang sukan akhirnya.

4. Menteri Besar pada awalnya tidak dibenarkan menaiki pentas utama pelepasan setelah Awang Adek dan pengarah JPP lebih awal berada di atas.

Ekoran itu difahamkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan mengarahkan Menteri Besar diberi tempat di atas pentas terbabit bersama Awang Adek.

“Namun ketika itu bendera untuk flag off telah berada di tangan Awang Adek. Menteri Besar hanya berada di atas pentas sekadar memerhati apa yang dilakukan Awang Adek,” kata Abdul Fattah.

Tok Guru Nik Aziz dilayan bagaikan budak bodoh yang sekadar memerhatikan saja apa yang dilakukan oleh Awang Adek dan UMNO.

Percayalah, tindakan UMNO ini akan membawa 'butterfly effect' atau kesan yang tidak dijangka oleh UMNO. Sekiranya pengkhianatan UMNO ke atas PAS suatu ketika dahulu mengakibatkan PAS enggan bermuzakarah dan bersatu dengan UMNO, pengkhianatan dan penghinaan yang dilemparkan oleh UMNO ini pasti akan dibalas!

Tiada ulasan: