"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahmad Lutfi telah selamat menjalani pembedahan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 April:
Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras siang tadi.

Beliau dimasukkan ke dewan bedah jam 6.30 pagi dan operasi pembedahan dimulakan dua jam kemudian sehingga jam 2.30 petang tadi.

Kini beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan stabil.

Sebelum ini Lutfi sudah tiga kali menjalani rawatan jantung termasuk membuat prosedur angioplasty bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.

Tiada ulasan: