"Kita akur dengan keputusan parti. Saidina Umar juga dahulu (zaman Jahiliyah) minum arak. Manusia berubah.
"Jadi saya rasa kita tidak ada masalah, untuk mereka terus menyokong calon Pakatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Suroso menjelaskan terdapat lebih kurang 2,000 ahli PAS di 38 cawangan di kawasan itu dengan Hulu Bernam sahaja mempunyai 11 cawangan.
Beliau mengulas pengakuan Zaid yang beliau ketika berada dalam Umno adalah peminum arak tegar.
Pendedahan oleh beberapa bloger itu dikatakan akan menjejaskan sokongan PAS terhadap bekas ketua Umno bahagian Kota Bharu itu.
"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat.
"Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita sewaktu berkempen dari rumah ke rumah di sebuah estet India di Kerling di Hulu Selangor.
Dalam perkembangan berkaitan, petugas PAS di Unit Peti Undi (UPU) Kalumpang menafikan dakwaan bahawa mereka bersikap 'dingin' dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.
"Petugas dan penyokong parti bekerja tanpa bantuan sesiapa. Jumlahnya kan bertambah, selepas orang balik kerja," katanya.
Tambahnya seramai kira-kira 2,000 petugas parti dari seluruh Selangor juga hadir pada majlis taklimat keselamatan yang diadakan beberapa hari sebelum penamaan calon dan akan mula bertugas dalam sehari dua ini.
Ditanya mengapa bendera PAS tidak dinaikkan sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat, Saharudin berkata:
"Selepas penamaan calon, beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) datang dan meminta kami menurunkan bendera parti," katanya.
Ini kerana kata Saharudin, pegawai itu menyatakan hanya parti yang bertanding sahaja yang dibenarkan menaikkan bendera mereka.
Tinjauan Malaysiakini mendapati semakin banyak bendera, poster dan kain rentang dari PKR dan BN mula dinaikkan di kiri kanan jalan.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan