"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Misteri kecurian CPU di pejabat Azmin

Pusat khidmat DUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali di Taman Melawati, Hulu Kelang telah dipecah masuk hujung minggu lalu.

Tetapi anehnya, Azmin yang juga naib presiden PKR itu berkata, hanya lima unit CPU komputer yang dilarikan dari pusat itu.

Katanya, seorang pegawainya menyedari kejadian tersebut apabila membuka semula pejabat itu hari ini, yang ditutup sepanjang hujung minggu lalu.

Beliau yang juga ahli parlimen Gombak berkata, pejabat itu ditutup selama dua hari untuk memberi tumpuan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Ketika ditemui di premis tersebut, Azmin terkejut kerana hanya CPU komputer sahaja yang dicuri.

"Semua barang, mesin pencetak, mesin faks, monitor komputer dan telefon, tidak dicuri," katanya.

Menurut Azmin, kejadian tersebut disedari pegawai khasnya, Najib Onn sebaik sahaja beliau tiba di pusat khidmat tersebut pagi tadi.

"Najib menyedari tombol pintu utama telah dipecahkan dan mendapati fail-fail berselerakan di atas lantai," katanya dan satu laporan dibuat hari ini di Balai Polis Ampang berhubung kejadian tersebut.

Azmin juga berkata, beliau telah memaklumkan kejadian ini kepada Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar apabila kedua-duanya bertemu dalam satu majlis pagi tadi.

"Khalid memberi jaminan kepada saya bahawa pegawainya akan menyiasat insiden ini dan menjejaki dalangnya," katanya.

Seramai tiga anggota polis tiba ke pusat khidmat Azmin pada jam kira-kira 1.30 petang ini untuk melakukan penyiasatan dan merekodkan bukti.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: