"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib Tak Kecut Cuma Kendur

laniismaa

Anwar hilang sokongan. Kata Najib selepas ramai kenalan rapat Anwar mengambil keputusan keluar daripada parti. Cakap Najib hanya ingin memujuk hati. Sokongan dua tiga kerat yang bermasalah tak menjadi masalah kalau mereka mencabut lari.

Najib lupa dan semakin mamai. Kenapa memberi contoh Dr Chandra yang tidak menyokong Anwar. Dr Chandra lari sebelum pilihanraya Mac 2008. Lihat bagaimana keputusan selepas itu.

Adakah sokongan kepada Anwar berkurangan. BN hampir tersungkur. Sokongan kepada Anwar dan PR yang bertambah. Jadi kita nasihatkan Najib cari bukti tepat tentang kekurangan sokongan kepada Anwar. Itu sebabnya Najib gundah gulana.

Kiranya Anwar kurang sokongan pun tak diralatkan sangat. Anwar ditikam kiri kanan, atas bawah, depan belakang bersama PR. Namun orang kata tolak tak tumbang. Kita ingin bertanya sekiranya pemimpin-pemimpin Umno terkena semacam Anwar. Rasanya rebah menggelepar awal-awal. Adakah menjadi sekuat Anwar menangani dugaan. Paling-paling tidak pun datang melutut minta kasihan. Bayang-bayang yang ditakutkan Najib.

Najib juga nampaknya berulang-ulang berkata beliau akan menemui Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Suka sakan Najib, macam boleh berbini lagi selepas diizinkan bini. Maklumlah nak jumpa presiden besar. Agak-agaknya berapa kali permintaan Najib ditolak.

Lihat juga kenyataan Najib semasa program ‘Setahun di Aras 5’, "Pilihan raya kecil adalah hanya pilihan raya kecil dan petunjuk sebenarnya adalah pilihan raya umum." Sekiranya Anwar hilang sokongan kenapa Najib sebut begitu. Najib sememangnya kecut juga. Pengampu-pengampu sahaja yang berkata Najib tak kecut. Mungkin Rosmah juga berkata Najib tak kecut cuma kendur sahaja.

Foto: Ibu Bapa Tiada, Anak-Anak Lakukan Ini.

Tiada ulasan: