Kata Najib ketika berucap dalam satu perhimpunan dengan masyarakat Cina,sekiranya menang ,esoknya hari Isnin kerajaan akan keluarkan surat ,yang didengari dan dilihat oleh rakyat 1Malaysia
Kalau ini bukan bermaksud membeli undi dan rasuah ,eloklah dicadangkan supaya Najib dimasukkan semula ke kelas Tadika KEMAS atau Tadika PERMATA. Elok benar sekiranya Najib memulakan semula pembelajaran dalam semua aspek ,3M Membaca ,Mengira dan Menulis.
Mengikut pengakuan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam.
Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.
"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.
"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu ”tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini”, tidak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di sini.Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga penasihat Landskap Malaysia, bersama isterinya Tun Jeanne Abdullah yang merupakan pengerusi Landskap Malaysia.SILA KLIK
Catatan
Kalau itulah pengertiannya , maka memang benarlah kata ramai kebanyakan rakyat 1Malaysia , iaitu Najib ini sudah melampau, sampai tidak kenal mana satu perlakuan rasuah. Hatinya sudah mati. Imannya sudah hancur. Moralnya benar- benar rosak. Jiwanya kosong. Akhlaknya musnah. Hinggakan amat mustahil untuk membetulkannya sekarang ini , kecuali takdir qada dan qadar Allah yang memberikannya Hidayah.
Kata Najib ketika berucap dalam satu perhimpunan dengan masyarakat Cina , “sekiranya menang , esoknya hari Isnin kerajaan akan keluarkan surat” , yang didengari dan dilihat oleh rakyat 1Malaysia , yang membawa maksud kiranya BN menang dalam PRK Hulu Selangor , hari Isnin kerajaan BN akan keluarkan surat kelulusan bajet bagi tujuan pembaikian sekolah berkenaan.
Ini belum termasuk dengan pelbagai lagi tawaran sepanjang kempen PRK itu.
Adakah ini bukan bermaksud terang – terang perbuatan dan perlakuan rasuah dan membeli undi. Mungkin kita boleh rujuk kepada SPRM untuk mentafsirkannya secara jelas.
Kalau ini bukan bermaksud membeli undi dan rasuah , eloklah dicadangkan supaya Najib dimasukkan semula ke kelas Tadika KEMAS atau Tadika PERMATA.
Elok benar sekiranya Najib memulakan semula pembelajaran dalam semua aspek , 3M – Membaca , Mengira dan Menulis.
Kemudian setelah lulus , Najib perlu memasuki Tahap 1 , tahun 1 hingga 3 , sebelum dimasukkan ke Tahap 2 , tahun 4 hingga 6. Hanya setelah lulus barulah dibenarkan ke Sekolah Menengah.
Untuk ke sekolah berasrama penuh Najib perlu skor dalam UPSR. Hanya sekiranya keputusan UPSR Najib mendapat 5A , beliau layak memohon ke SBP. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Begitu bodoh , dungu dan lembab Najib dalam membuat tafsiran rasuah dan beli undi. Kesian kat rakyat 1Malaysia mempunyai PM yang begitu naïf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan