"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parlimen diperguna melobi Amerika - Dr. Hatta

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 12 April:
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, Parlimen minggu lalu dijadikan medan melobi Amerika Syarikat apabila tergesa-gesa meluluskan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 dengan merujuk kepada kenyataan Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum ini mendakwa Malaysia telah menyediakan asas hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat apabila meluluskan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik minggu lalu.

Rais didakwa berkata demikian sebagai mengulas mesyuarat dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dijadual hari ini.

"Rupa-rupanya minggu lepas, rang undang-undang diluluskan dengan begitu segera semata-mata untuk memberi lonjakan dan keyakinan kepada Amerika, bahawa kita ini bersama dengan mereka.

"Saya nampak parlimen ini telah dipergunakan untuk menjadi pelobi pertemuan perdana menteri dengan presiden Amerika. Jika benar kita rasa kecewa," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau juga meminta kerajaan menyatakan status pencapaian Stevens Technical Institute, di mana Najib akan menandatangani perjanjian persefahaman MoU, mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan institut terbabit dalam rangka lawatannya ke Amerika.

Tiada ulasan: