"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sarkozy haramkan purdah tapi bangga gambar lucah isterinya disebar

Herman Samsudin
Si pendek Sarkozy ini memang crazy…sebelum ini beliau pernah larang isteri Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dari memasuki negaranya ketika walaupun atas urusan rasmi Kerajaan. Kini beliau semakin nekad menunjukan kebenciannya pada Islam dengan mengharamkan purdah pula satu dunia pernah kecoh pasal penyebaran gambar bogel Isterinya, Carla Bruni yang sengaja dibiarkan berlegar diinternet bagi menaikan popularitinya dalam masa singkat ketika mula-mula menjadi ketua negara. Memang celaka orang ini.

Sarkozy mahu purdah diharam di Perancis

PARIS 23 April – Penganut Islam di seluruh dunia berang sementara penduduk Islam di Perancis melalui tempoh sukar selepas Presiden Nicolas Sarkozy mendesak pengharaman purdah sepenuhnya di Perancis.

Seorang vendor Islam di pasar terbuka di sebuah kawasan perusahaan menyifatkan tindakan itu sebagai ‘tidak munasabah’ dan ‘tidak kena pada tempatnya’.

Rektor Institut Islam Masjid Paris bagaimanapun tidak mengeluarkan kritikan berhubung rancangan tersebut sebaliknya mengatakan, sebarang pengharaman perlu diperjelaskan sewajarnya, dan menyatakan Al-Quran juga tidak mewajibkan wanita menutup seluruh muka dan badan mereka.

Sarkozy menggandakan usaha Perancis untuk mengharamkan pemakaian purdah dan burqa yang menutup seluruh tubuh serta muka, dengan mengarahkan penulisan satu draf undang-undang yang melarang pemakaiannya di tempat awam, mengenepikan badan pentadbiran tertinggi Perancis yang mengatakan, larangan seperti itu berisiko dan tidak menurut Perlembagaan.

Tindakan tersebut meletakkan Perancis di tempat yang sama dengan Belgium, yang turut berusaha mengharamkan pakaian tersebut di tengah-tengah kebimbangan radikalisme dan pertambahan masyarakat Islam di Eropah.

Sementara itu, seorang pemandu wanita di negara ini didenda kerana memandu ketika memakai purdah atas alasan pakaian itu mengehadkan penglihatannya. – AP

http://syukran.wordpress.com

Tiada ulasan: