"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami simbah cuka getah dipenjara 6 tahun, 2 sebatan

KUANTAN, 12 April: Seorang penggangur dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menyimbah cuka getah pada isterinya, Rabu lepas.

Supian Hani Ismail, 47, dilihat tenang selepas Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu yang berkuatkuasa hari ini.

Dalam penghakimannya, Irwan berkata, mahkamah memandang serius kesalahan yang dilakukan tertuduh yang sepatutnya menjadi pelindung kepada isterinya.

Supian Hani didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Zarina Wahab, 43, dengan menggunakan apa-apa benda yang melecur iaitu cuka getah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 67, Felda 2 Bukit Sagu di sini antara 12.30 malam hingga 2 pagi, 7 April lepas mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan

Mengikut fakta kes, tertuduh telah meminta mengadakan hubungan kelamin namun ditolak isterinya sebelum dia bertindak menyimbah cuka getah kepada mangsa.

Hasil pemeriksaan awal Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mendapati mangsa mengalami lapan peratus kesan terbakar di bahagian kiri badan termasuk bawah dagu dan tangan.

Terdahulu, Supiah Hani yang tidak diwakili peguam memohon diringankan hukuman ke atasnya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hidayatul Syuhada Shamsudin dan Heng Yen Loo memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh telah menyebabkan kecederaan kekal terhadap isterinya sendiri.

Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengambil kira kesakitan serta kesedihan mangsa yang kehilangan maruah dan harga diri selepas kes tersebut mendapat liputan meluas media.

-Bernama-

Tiada ulasan: