"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Konspirasi Kedua Tangguh Esok

KUALA LUMPUR 11 MEI: Perbicaraan hari kedua kes konspirasi kedua terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahin ditangguh kira-kira jam 10 pagi ini.

Perbicaraan berkenaan akan disambung esok.

Pagi tadi, Anwar tiba di Mahkamah Tinggi di sini, bersama isteri dan ahli keluarganya pada jam 9 pagi.

Beberapa pemimpin PKR)termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, antara yang dilihat hadir perbicaraan berkenaan.

Orang ramai juga terus berpusu-pusu mahu mengikuti prosiding perbicaraan tetapi bilangan yang dibenar memasuki kamar perbicaraan amat terhad.
-tvselangor-

Tiada ulasan: