3 juta daripada 26 juta penduduk di negara ini menghidap masalah gangguan mental. Purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.
Ya ALLAH , Selamatkanlah rakyat Malaysia dari gejala bunuh diri.
Artikel Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri pada pautan berikut.
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html
**************************
Anggota tentera mati tergantung
Harian Metro 8 Jun 2010
KANGAR: Seorang anggota tentera berusia 26 tahun dipercayai kecewa selepas bercerai dengan isterinya, ditemui mati tergantung di rumah keluarganya di Kampung Pulau, Sungai Berembang, dekat sini, kelmarin.
Nasrul Efendi Najmi, 26, dari sebuah kem tentera di Sungai Petani, Kedah, ditemui tidak bernyawa oleh bapanya, Najmi Ibrahim, 56, kira-kira jam 1.50 tengah hari dengan tali nylon membelit lehernya.
Anak kedua daripada empat beradik itu dikatakan baru berpisah dengan isterinya tiga bulan lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan mempunyai dua anak.
Allahyarham yang dalam proses untuk berhenti sebagai tentera dikatakan tertekan dan sangat merindui dua anaknya yang berada di bawah jagaan bekas isterinya di Perak.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, ketika kejadian, mangsa di rumah, manakala keluarganya menghadiri kenduri jiran bersebelahan.
“Nasrul yang baru pulang ke sini tidak banyak bercakap dan sering termenung serta enggan mengikut keluarga menghadiri majlis kenduri itu,” katanya di sini, semalam.
“Bapanya terkejut melihat Nasrul sudah tidak bernyawa tergantung di dalam rumah dengan tali nylon membelit leher ketika pulang membawa makanan untuk anaknya.
“Nasrul yang baru pulang ke rumah di sini tidak banyak bercakap dan sering termenung serta enggan mengikut keluarga menghadiri majlis kenduri itu,” katanya di sini, semalam.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anggotatenteramatitergantung/Article
Tikam diri akibat penyakit kronik
Harian Metro 8 Jun 2010
KUALA LUMPUR: Akibat tertekan pelbagai penyakit dialaminya, seorang lelaki berusia 69 tahun nekad mengakhiri penderitaannya bertindak luar kawalan dengan menikam dirinya dengan pisau, semalam.
Tindakan luar pertimbangannya itu mengundang padah apabila dia maut kira-kira jam 11.20 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, selepas hampir lima jam menerima rawatan.
Difahamkan, mangsa tertekan dengan penyakit terpaksa ditanggungnya iaitu Parkinson, darah tinggi, kencing manis dan rabun. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi di Segambut di sini, semalam, lelaki terbabit yang mendiami bersama anak dan menantunya di flet berkenaan menikam tertusuk di perutnya.dirinya menggunakan pisau yang diambil daripada dapur rumah mereka.
Menurut sumber, mangsa bertindak demikian kerana tertekan dengan penyakit dialaminya dan bukan disebabkan masalah kewangan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, mangsa ditemui terbaring di kawasan kaki lima flet oleh saudaranya yang juga tinggal di kawasan sama dalam keadaan sebilah pisau “Saksi menghubungi ambulans sebelum memberitahu anak dan menantunya mengenai kejadian terbabit.
“Anak dan menantunya melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian,” katanya. Difahamkan, ambulans tiba di tempat kejadian kurang 10 minit sebelum membawa mangsa ke HKL untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Menurut Zakaria, mangsa bagaimanapun maut kira-kira jam 11.20 pagi, semalam selepas menerima rawatan di hospital berkenaan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tikamdiriakibatpenyakitkronik/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan