Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon menjelaskan jumlah subsidi sebenarnya adalah RM74 billion seperti yang dilaporkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Datuk Seri Idris Jala, minggu lalu.
Mereka mendakwa jumlah subdisi penuh dalam negara ini hanya sebanyak RM18.6 bilion dan bukannnya RM74 seperti yang dikemukakan Idris.
Koh menjelaskan percanggahan angka itu kerana terdapat perbezaan dalam definisi dan klasifikasi perbelanjaan serta sumbernya.
"Perangkaan Perbendaharaan hanya merujuk kepada subsidi secara langsung yang membabitkan Perbendaharaan, manakala PEMANDU memasukkan semua subsidi secara tidak langsung termasuk dari sumber awam," katanya kepada pemberita.
Idris juga minggu lalu, memberi amaran bahawa Malaysia akan muflis pada tahun 2019 sekiranya pemberian subsidi diteruskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan