"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

S'gor sedia kertas putih hutang RM392 juta Talam

Selangor akan menyediakan satu kertas putih berkaitan kutipan hutang berjumlah RM392 juta daripada syarikat Kumpulan Talam Corporation menjelang hujung tahun ini, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menjawab satu soalan lisan di DUN Selangor hari ini, Khalid berkata setakat ini Selangor telah berjaya mendapatkan aset tanah berjumlah RM290 juta dan juga tunai sebanyak RM50 juta.

Hutang berkenaan kini berada bawah seliaan Menteri Besar Incorporated (MBI), katanya ketika menjawab soalan daripada daripada Janice Lee (DAP-Teratai).

"Saya memang menunggu permintaan tersebut (kertas putih) sebab saya nak tulis satu kes lagi macam mana tanah ini beri sewenang-wenangnya kepada orang.

"Kertas putih yang dikehendaki mesti sudah ada perjanjian yang kita lakukan. Sekarang kita sedang kumpul perjanjian tersebut. Hasil dari kertas ini kita akan hasilkan pada hujung tahun ini untuk jadi asas perbincangan masa depan," kata Khalid.

Tambahnya, beliau memerlukan masa untuk meneliti keputusan yang dibuat oleh exco Selangor berkaitan tanah yang diberikan kepada Kumpulan Talam sebelum ini, bagi menghasilkan kertas putih tersebut.

"Saya dapati banyak yang dinyatakan tidak ditulis dengan baik. Keputusan exco (sebelum ini) agak terlalu longgar, dipersetujui untuk diberi kepada orang ini, (tetapi) sebabnya tak ada," katanya lagi.

Tiada ulasan: