"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suhakam Kecewa Tindakan KDN Gantung Permit Suara Keadilan

Frederick Luccas

SHAH ALAM 12 Julai : Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) , Tan Sri Hasmy Agam berkata beliau berasa kecewa dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang enggan memperbaharui permit penerbitan ahkbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan juga akhbar rasmi PAS, Harakah serta pengharaman buku kartun berunsur politik yang diterbitksn oleh Zulkifli Anwar Ulhaque atau Zunar.

Suhakam menganggap tindakan kerajaan ini sebagai satu pencabulan hak kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat dan mendapatkan maklumat sepertimana yang termaktub dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948," tegas beliau dalam satu kenyataan Jumaat lalu.

Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 menyatakan setiap individu mempunyai hak kebebasan berpendapat dan berekspresi dan hak ini termasuklah kebebasan mempertahankan pendapat tanpa gangguan, mencari, menerima dan menyampaikan maklumat dan buah fikiran melalui apa sahaja media dan tanpa mengira batasan.

Hasmy menyarankan agar KDN supaya menarik balik tindakan larangan dan meneruskan proses pembaharuan permit Suara Keadilan.

Beliau juga menggesa penubuhkan segera Majlis Media yang bebas untuk kawalan kendiri melalui satu kod industri mandatori yang dapat dikuatkuasakan dengan satu biro aduan.

"Kewujudan biro aduan Majlis Media adalah sebagai perantara untuk menimbangtara pertikaian atau aduan ketidak pematuhan kod industri diantara pihak media dan juga agensi kerajaan," tambah beliau lagi.

Suhakam Kecewa Tindakan KDN Gantung Permit Suara Keadilan

Tiada ulasan: