"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Waspada 'pasukan khas perpaduan' Umno

Dzulfikar Mashoor
GOMBAK, 21 Julai:
PAS diminta berwaspada dengan rancangan 'pasukan khas' yang ditubuhkan Umno untuk membangkitkan semula isu perpaduan PAS dengan parti perkauman Melayu itu.

"Awas pada satu kewujudan pasukan khas yang dicipta oleh Umno untuk memecahbelahkan PAS," ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, malam tadi.

Katanya, pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya ada pemimpin tertinggi PAS bertemu dengannya untuk menyatukan PAS dengan Umno juga dipercayai sebahagian daripada rancangan pasukan khas tersebut.

"Ini adalah konspirasi rapi yang mungkin memaksa Harussani berbohong, mungkin juga ada dalang pasukan khas ini," beliau menambah.

Rancangan pasukan khas tersebut, katanya lagi, turut bertujuan mewujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

"Rancangan ini memang untuk pecah belahkan PAS dan wujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum depan," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Tambahnya lagi, sepasukan khas tersebut terpaksa pergi sejauh ini mungkin disebabkan rancangan kemasukan 40 ulama muda yang diwar-warkan sebelum ini kurang memberi impak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Namun, beliau berkata, rancangan terbaru Umno itu seakan menarik minat awam untuk sangsi dengan iltizam politik PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.

1 ulasan:

hussin berkata...

ketua pemuda dah cadangkan: umno pas perlu ada pelan damai. nak kata apa lagi salahuddin?

semua kenal siapa harussani. yang penting, pas kenalkah siapa dalam pas yang dok jumpa harussani, tak kiralah atasa alasan apa sekalipun. pi jumpa tu sudah silap dari tindakan politik. bercakapa pasal perlu ada pelan damai ni lagi bahlol! ia seolah2 menyambut salam yang diutarakan oleh harussani. nak kata apa lagi salahuddin?

kat newspaper kiosk mamak senang dapat 'playsafe'.