"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno ajar perpecahan, benci antara kaum

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 21 Julai:
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, Umno mengajak kepada pepecahan dengan menanamkan perasaan membenci kaum lain sehingga orang Melayu jauh daripada Islam.

"Tak ada orang yang nak pada perpaduan, semuanya nak perpaduan cuma perpaduan itu nak dibuat atas asas apa," soal beliau petang tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau berkata, Umno belakangan ini baru menguar-uarkan semula agenda perpaduan Melayu setelah rakyat kian berminat pada politik baru PAS dan Pakatan Rakyat.

Manakala, PAS pula, katanya, mengajar orang-orang Melayu dan bukan Melayu supaya kembali bersatu-padu mengikut acuan Islam.

"Masalahnya, Umno mengajak pada pepecahan dengan ajar membenci kaum-kaum lain hingga orang Melayu jauh dari Islam yang PAS perjuangkan, PAS ajak pada Islam," ujarnya mengenai tindakan Umno menggunakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya untuk perpaduan PAS dengan Umno.

Bagi Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud pula, rancangan Harussani itu seumpama jenaka.

"Saya tak terlibat," ujar beliau sambil ketawa.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar secara peribadi turut menafikan bahawa beliau pernah terbabit dengan rancangan Harussani itu.

"Saya tidak pernah berjumpa mufti itu," ujarnya beliau yang juga AJK PAS Pusat.

Bagi Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, cadangan Harussani seakan mengikut nasihat Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC).

"APCO percaya yang Umno memerlukan PAS untuk PRU13 ini, tindakan Harussani mungkin ke arah itu," ujarnya sambil menafikan bahawa beliau terlibat dengan rancangan Harussani.

Tiada ulasan: