"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perpaduan Melayu Umno - Pas Dan Jadi Macam Tahi

Mohd Sayuti Omar

SEBENARNYA rasa mual dan loyak mengenai cerita perpaduan Umno dan Pas sudah melonjak ke atas halkum saya. Jika ditahan ia sudah pasti akan menjeluak keluar. Sudah muak benar saya mendengarnya. Mungkin saya seorang yang tidak boleh berbasa-basi lama mengenai sesuatu, mudah muak dan loya. Orang lain di luar sana mungkin gembira mendengar lagu perpaduan ini terus dinyanyikan.

Bukan saya tidak setuju kalau Pas dan Umno duduk sekali, apa lagi bertanding atas satu lambang demi kekukuhan politik orang Melayu, sangat bersetuju.

Kalau Umno dan Pas boleh sepakat membahagikan kerusi dalam pilihan raya akan datang lagi bagus. Tetapi apa boleh buat perkiraan dan nafsu orang politik tidak sama dengan nafsu kita. Orang politik mempunyai berbagai perhitungan diluar perkiraan kita dan sanggup melakukan apa saja aksi yang tidak terfikir oleh kita.

Kini pun tengkuk merasa loya. Tetapi apa boleh buat sebagai penulis kena tulis juga, kena ulas juga setidak-tidak ia boleh mengurangkan rasa loya. Banyak orang tidak faham mengenai tabiat penulis sebegini. Iya, kalau benci kenapa ditulis! Mungkin selepas ini saya tidaka akan manulisnya? Mungkin!

Berbagai manusia bercakap mengenai perpaduan Melayu. Biasalah keadaanya. Yang digambarkan, Umno inginkan kepada perpaduan manakala Pas menolaknya. Bermati-matian para pemimpin Pas menyatakan menolak ajakan Umno itu sampai ada yang terputus urat semereh. Iya lah... macam tolak orang menyuakan bangkai babi atau anjing ke dadah. Menjinjkkan.

Umno pula saya kira tolol amat di sini. Tahu Pas tidak mahu kenapa disuakan lagi anak anjing dan anak babi bernama perpaduan itu. Buang saja la ke laut habis cerita. Pas tidak akan merasa berdosa selagi musibah besar terhadap Melayu tidak akan berlaku. Begitu juga dengan Umno tetap akan merasakan parti itulah relevan dan penyelamat Melayu walhal keporak perandaan Melayu hari ini disebabkan Umno.

Saya sudah lontarkan pandangan sebelum ini. Angan-angan untuk menyatukan Melayu tidak akan terjadi kalau tidak diheret sama Anwar Ibrahim. Kalau tak percaya Umno boleh mencubanya. Pas akan ikut saja ke mana Anwar pergi. Pas tidak ada kekuatan sendiri. Semua orang tahu sesetengah pemimpin Pas merasakan kekuatan parti itu terletak ditangan Anwar. Sekali lagi diulang, tak percaya cubalah.

Tetapi Umno tidak akan berbuat begitu. Baru sekejap tadi Najib Razak menolak siniskal orang ramai mengatakan orang Melayu sudah meluat kepada Umno. Maaflah saya tidak selera untuk mengulas isu perpaduan Melayu lagi. Kepada saya, ia sudah menjadi najis, malahan lebih busuk daripada itu. Bercakap mengenai perpaduan Melayu dalam konteks Umno dan Pas menghabiskan masa saja.

Saya yakin Melayu boleh berpadu bila bangsa ini ditimpa mala petaka besar, semisalnya perang dan seumpama dengannya. Cuma perpaduan pada masa itu sudah terlewat. Kata-kata yang didakwa sebagai menjadi azimat Hang Tuah; takkan Melayu hilang di dunia akan terjadi sebaliknya. Melayu akan hilang di dunia.

Alasan saya mudah saja. Bangsa Melayu tidak memilik benua seperti China, Inggeris atau Arab. Bangsa Melayu hanya mempunyai tanah sekangkang kera, tetapi memilik nasfsu sebesar bumi Afrika. Itulah bangsa Melayu, bangsa kita

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: