"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siasatan SPRM Terhadap Tan Boon Wah, Empat Jam Berdiri

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah hari ini mendedahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan soal siasat terhadapnya secara berdiri selama empat jam.

Memberi ketarangan pada Inkues Menyiasat Punca Kematian Teoh Beng Hock, beliau juga mendakwa disoal secara kasar termasuk dihambur perkataan kesat dan berbaur perkauman, selain menyentuh ahli keluarganya.

"Ada pegawai yang cucuk muka saya (bahagian dahi dengan jari) dan cakap 'you tak faham bahasa ka?','you dari China ka', 'macam ni ka ahli majlis'. Mereka juga tanya pasal bini (isteri) saya, tetapi mereka tidak percaya dan kata nak bawa anak bini saya ke situ," katanya.

Beliau berkata demikian apabila disoal peguam kepada keluarga Beng Hock iaitu Gobind Singh Deo.

Tan yang berusia 40 tahun sekali lagi menegaskan kenyataannya itu bukan rekaan apabila disoal Ketua Pendakwa SPRM Datuk Abdul Razak Musa.

Tan juga menolak andaian Razak yang menyatakan beliau mahu mencemar nama baik dan berdendam terhadap SPRM melalui pendedahannya pada inkues berkenaan.

Teoh Beng Hock , 30, ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi keterangan dalam satu siasatan kes yang dijalankan SPRM Selangor.

Tiada ulasan: