"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Selamatkan Selangor' buka pekung Umno

Tindakan Umno menggerakkan jenteranya dalam kempen ceramah untuk menerangkan isu kecurian pasir di Selangor hanya akan membuka pekung mereka sendiri, kata seorang wakil rakyat PKR Shuhaimi Shafiei.

ADUN Sri Muda itu berkata, tindakan seperti itu juga akan memburukkan lagi perbalahan di kalangan kem penyokong timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang Datuk Seri Khir Toyo.

Suhaimi (
kiri) berkata demikian ketika ditanya mengenai kempen jelajah negeri, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (GSSDE) yang akan bermula malam ini sehingga 8 Ogos depan.

Sebanyak 19 ceramah diatur bagi setiap bahagian Umno di negeri itu, yang akan dimulakan di Shah Alam malam ini -- bagi menjelaskan mengenai 'pembohongan' yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat Selangor.

Noh dan Khir masing-masing telah menafikan wujudkan pertelingkahan di antara mereka, malah kedua-dua mereka juga akan menyertai kempen berkenaan akan turut disertai Khir.

Namun, menurut Shuhaimi kempen itu didakwa akan menonjolkan lagi pertembungan Noh-Khir.

"Umno boleh beri penerangan, itu memang tanggungjawab dia untuk tunjukkan siapa lebih jaguh di kalangan mereka.

"Pada saya, tindakan mereka buka cerita tentang pasir ini lebih kepada buka pekung sendiri. Lebih banyak mereka bercerita, lebih banyak lagi mereka akan dedahkan bahawa kecurian ini berleluasa akibat kecuaian pentadbiran BN terdahulu," kata Shuhaimi ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, serangan melalui kempen tersebut dilancarkan seolah-olah dengan menjadikan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor sebagai sasaran, namun mangsa sebenar ialah Khir.

"Mereka nampak macam serang PKR tapi sebenarnya ini mendedahkan pekung (ketua pembangkang Datuk Seri) Khir Toyo sebab semuanya (aktiviti kecurian) ini berlaku di zaman Khir Toyo.

"Mereka sebanarnya hendak cari populariti sebab pergaduhan di antara Noh Omar dan Khir Toyo ini semua ketua bahagian Umno sudah tahu," katanya lagi.

Shuhami juga mendakwa, serangan tersebut juga dilancarkan memandangkan sumber pendapatan pemimpin Umno tersebut kini berkurangan akibat dari tindakan kerajaan negeri Selangor mengawal pengeluaran pasir.

"Mereka marah sekarang sebab sumber duit poket mereka sudah hilang. Apa yang kerajaan negeri buat ialah pengeluaran itu secara terkawal dan kesemua aktiviti melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd itu dapat kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar.

"Merek
a bayar hasil untuk 20,000 tan metrik tapi yang dia keluarkan adalah lebih daripada itu. Ini untuk duit poket dialah.

"Jadi sekarang mereka tidak boleh buat begitu lagi kerana kerajaan negeri buat pemantauan termasuk meletakkan CCTV (di kawasan perlombongan). Inilah yang beri tekanan kepada mereka. Jadi mereka marah sebab sudah tidak ada sumber duit poket lagi," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Shuhaimi juga berkata rakyat Selangor telah mempunyai pendapat mereka sendiri dalam isu berkenaan.

"Mereka boleh buat ceramah hingga 20 minggu sekalipun, tapi rakyat sudah ada persepsi. Kalau mereka hendak serang, rakyat sudah tahu siapa yang sebenarnya mencuri dan merompak khazanah negeri," katanya.

Tiada ulasan: