"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersekongkol dengan yang lain , Sekali lagi Harussani berbohong

Drs. Khalil idham Lim
Mufti Perak, Harussani Zakaria menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. Demikian seperti satu kenyataannya yang disiarkan Malaysiakini kelmarin.

Saya merasakan suatu yang lucu berlaku kepada seorang Mufti yang nampaknya bemati-matian mempertahankan dirinya supaya jangan dikatakann berbohong. Sedangkan institusi yang dipegangnya sebenarnya sudah tidak ada pertikaian sekiranya dia bukannya berbohong. Kenyataan saya sebelum ini juga dengan jelas membuktikan dia berbohong.

Selain itu Harussani mengatakan "Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya kelmarin.

Kerana itu saya ingin bertanya kepada Harussani, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Islam yang ada dalam komponen BN, adakah semua parti Islam. Tidakkah tindakan Samy Vellu yang pernah berkata "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?", jelas menghina al Quran dan Islam dan mengguris hati umat Islam.

Mungkinkah Harussani adalah termasuk dalam kumpulan yang merasakan Lim Guang Eng adalah Ketua menteri Pulau Pinang yang berbangsa Cina dan sebelum itu semuanya Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berketurunan Melayu.

Tidak cukup dengan itu berapa banyakkah siri penghinaan pemimpin UMNO kepada Islam yang semacam dilupakan oleh Harussani.Tindakan UMNO yang menghapuskan tulisan jawi juga dilupakan oleh harussani. Malah kalau bercakap tentang pejuangan bangsa, UMNOlah penghianat sebenar kepada bangsanya.

Jelas tindakan harussani mempertahankan perjuangan UMNO yang khianat kepada agama dan bangsa itu adalah juga adalah satu lagi pembohongan kepada umat Islam . Dia sepatutunya menzahirkan perkara yang sebenarnya demi Islam bukannya agenda assobiyah Melayu yang sempit dam ditolak oleh Islam itu.

Kenyataan Media, 21 July 2010/

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong/
Ketua penenrangan PAS Perak.

http://idhamlim.blogspot.com/

Tiada ulasan: