"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Americk: SPRM Acuh Tak Acuh

Americk Sidhu, peguam kepada bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam menyifatkan sikap acuh tak acuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam merakam kenyataan beliau, sebagai mengecewakan.

"Pada pendapat saya, sikap itu(SPRM) amat kecewalah, dia ada satu peluang untuk menyiasat keseluruhan laporan dibuat Encik Shamsul, ini peluang yang ambil berapa lama untuk diuruskan kita semua, rasa kecewalah,” katanya.

Americk berada di Malaysia untuk menyerahkan afidavit Balasubramaniam kepada SPRM bersama seorang lagi peguam Manjit Singh Dillan.

SPRM sebelum ini membatal pemergian ke London untuk mengambil keterangan Bala berhubung skandal pembelian Kapal Selam Scorpene yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warga Mongolia, Altanthuya Shaaribu.

Kata Americk, cara pengendalian siasatan SPRM berbeza dengan Perancis yang lebih menyeluruh termasuk memperoleh kerjasama Balasubramaniam.

"Kedua-dua sikap ini berbeza, Perancis mengambil serius siasatan perkara ini, rasuah dalam pembelian kapal selam ini, itu adalah isu lain tapi ada kaitan dengan isu yang melibatkan Bala, saya rasa peluang untuk SPRM menyiasat berapa dalam perkara ini telah dibuang kerana terima nasihat peguam negara bahawa apa-apa siasatan yang didapati dari Bala tak boleh dibawa ke mahkamah, ini bagi saya tidak ada asas,” katanya.

Dalam temu ramah khas bersama TV Selangor, Americk menegaskan anak guammnya sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari kebenaran.

Bagaimanapun, Bala terpaksa meninggalkan Malaysia kerana ada pihak termasuk individu berprofil tinggi yang mahu beliau mendiamkan perkara ini.

"Adalah senang untuk Bala duduk di Chennai? Atau beritahu kepada media mana lebih senang? Duduk tunggu 5 juta? Atau buat rakaman audio visual semua. Kenapa Bala beritahu dan hendak bekerjasama kepada semua? Kerana Bala, yang saya tahu sekaranglah adalah orang yang rasa apa yang benar perlu dikejar, yang tak betul dapatkan di dunia lain akibat,” katanya.

Americk juga mendakwa proses perundangan Malaysia pelik dengan mengambil contoh kes Altantuya yang menyaksikan kegagalan mahkamah dan pendakwaraya membentang motif pembunuhan walaupun dua tertuduh dijatuhi hukuman mati.

"Semua saksi yang terlibat terpaksa dipanggil, yang penting sekali ialah motif, kita mesti mengekalkan motif kepada dua orang ini hendak membuat pembunuhan ini, tapi di mahkamah Shah Alam, tidak ada motif dikemukakan ke mahkamah,” katanya.

Americk menegaskan anak guamnya sedaya upaya membantu siasatan SPRM dan berharap suruhanjaya ini benar-benar menjalankan tanggungjawabnya.

“Kita telah buat apa yang kita boleh buat untuk bantu SPRM dalam siasatannya. Saya berharap SPRM akan menjalankan tugas dia saja, itu cukup, tugas yang betul-betul,” katanya.

Tiada ulasan: