"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno cabar S'gor dedah nama 'penasihat air'

Timbalan ketua perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar mencabar kerajaan negeri Selangor supaya mendedahkan nama individu yang bertanggungjawab menasihati mereka dalam isu penyaluran air dari Pahang.

Katanya, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat perlu bertindak demikian untuk membuktikan bahawa negeri itu tidak akan mengalami krisis air menjelang 2013 seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

"Siapa perundingnya, jangan bercakap tanpa bukti. Penasihat mana yang beri nasihat kepada Selangor supaya tidak beri kerjasama untuk mulakan Projek Langat 2.

"Kalau menteri besar buat kenyataan berbeza dengan daripada (pandangan kerajaan) persekutuan, ini akan mengelirukan rakyat dan pelabur akan lari," katanya.

Jelasnya, pelabur akan meninggalkan negeri itu apabila Selangor menghadapi masalah air.

"Jangan ingat PKR akan terus memerintah," katanya yang turut memberi amaran kepada kerajaan Selangor supaya tidak memperjudikan nasib rakyat negeri itu dengan isu penyaluran air.

Noh berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia di Pusat dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani turut merasmikan Persidangan Perniagaan Agro-Bio Antarabanga Malaysia selepas menyampaikan ucaptamanya di majlis tersebut.

Tiada ulasan: