DAMSYIK: Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu bertemu dengan ketua kumpulan pejuang Hamas, Khaled Meshal dalam pertemuan yang menandakan hubungan yang semakin akrab sejak serangan Israel ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza.
Kedua-dua pemimpin itu dilaporkan membincangkan cara menamatkan sekatan Israel ke atas Genting Gaza semasa pertemuan unik di antara bekas sekutu kuat dan musuh utama Israel yang diadakan di Damsyik, Isnin lalu.
Ahmet menyuarakan kesediaan Turki untuk terus menghulurkan bantuan yang diperlukan dalam usaha menamatkan sekatan rejim tidak berperikemanusiaan itu ke atas Genting Gaza.
Selain isu sekatan Gaza, Ahmet dan Khaled juga membincangkan usaha perdamaian di antara Hamas dan Fatah, dua kumpulan pejuang utama di Palestin dan juga proses damai di Timur Tengah.
Khaled juga dilaporkan memuji Ankara kerana berani membidas keganasan rejim Zionis dan mempertahankan tindakan Turki menuntut pampasan daripada rejim itu.
Hubungan dua hala di antara bekas sekutu kuat, Turki dan Israel merosot selepas tentera rejim itu membunuh sembilan warga Turki dalam serangan berdarah, 31 Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan