"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yusof Nor patut terima kasih bukan marah

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Ogos:
Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor patut berterima kasih kepada para pengkritik Felda kerana dengan cara itu dia boleh memperbetulkan segala kepincangan dalam perbadanan itu.

Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam twitternya hari ini. Mesej ini adalah yang ketiga dihantar Mustafa melalui twitternya itu @dato_mustafaali.

Mustafa menyertai komuniti paling popular di dunia itu hari ini. Mesej tentang Felda adalah yang ketiga selepas mempertikaikan Umno dan BN yang terlalu banyak memainkan isu perkauman sejak kebelakangan ini dalam twit keduanya.

Mustafa mempertikaikan apakah motif sebenar para pemimpin Umno dan BN ketika memainkan isu perkauman.

Dalam isu Felda, Mustafa berkata, Yusof tidak patut marah-marah terhadap pengkritik dan pihak yang mahu memberikan pandangan tentang Felda.

"Jangan ambil mudah Tan Sri," kata Mustafa dalam twitternya.

Semalam, media melaporkan Yusof Nor marah-marah terhadap pihak-pihak yang memberikan pandangan dan masuk ke kawasan Felda.

Beliau menyifatkan tindakan ini sebagai satu gangguan yang tidak diingini oleh warga komuniti itu.

Katanya, pihak terbabit sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk.

"Mereka serang dan fitnah Felda kerana nampak ia semakin berkembang, sebab itu mereka nak masuk dalam Felda," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan saguhati kepada 19 Pengerusi Masjid dalam Rancangan Felda Terengganu Sabtu lepas.

Tiada ulasan: