TEHERAN: Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menggesa remaja perempuan negara itu berkahwin seawal 16 tahun dan lelaki pada usia 20 tahun.
Akhbar tempatan memetik beliau sebagai berkata, lelaki ketika ini berkahwin pada usia purata 26 tahun, manakala perempuan pada usia 24 tahun.
“Perkara ini tidak harus berlaku,” katanya dipetik oleh akhbar milik kerajaan Jam-e Jam semalam.
“Kita harus mengambil usia perkahwinan bagi lelaki pada usia 20 tahun dan wanita pada usia 16 dan 17 tahun,” kata Ahmadinejad.
Berikutan kadar kelahiran mencipta paras rekod baru selepas revolusi Iran pada 1979, republik itu melaksanakan program perancangan keluarga pada 1990-an yang dipuji masyarakat antarabangsa.
Bagaimanapun Ahmadinejad mengecam program itu dengan menganggapnya melanggar perintah Tuhan dan berasal dari Barat.
-AP-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan