"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaid bukan lagi anggota PKR


PETALING JAYA, 22 NOV: Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat(PKR) memaklumkan kepada media hari ini bahawa pihaknya telah menerima surat daripada Datuk Zaid Ibrahim pada 19 Nov lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail surat itu menyatakan hasrat untuk mengundur diri dan keluar dari parti.

Biro politik telah bermesyuarat semalam dan memutuskan untuk menunaikan hasrat beliau, berkuatkuasa serta merta.

Surat rasmi akan dihantar kepada Zaid hari ini memaklumkan keputusan biro politik.

Ahli Parlimen Machang itu juga menegaskan bahawa parti tidak memecat Zaid tetapi membantu menunaikan hasrat bekas sanator yang dipecat daripada Umno dahulu.
 
Berita lanjut menyusul.
-tvsnews-

Tiada ulasan: