"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah Liwat-Hakim Kata Saiful "Berwibawa"

KUALA LUMPUR 16 MEI: Hakim Mohamad Zabidin menerima pengadu Saiful Bukhari Azlan sebagai seorang yang berwibawa dan keterangannya diterima sebagai kebenaran bersabit pertuduhan fitnah kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penghakiman awal itu membayangkan hakim akan memberi keputusan mengarahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan itu, sebagaimana yang telah diramalkan sebelum ini.

Kira-kira 500 penyokong Anwar berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi dan bilangannya dijangka semakin bertambah.

Hakim Zabidin akan memberi keputusan hari ini sama ada Anwar perlu membela diri terhadap pertuduhan liwat fitnah kali kedua atau dibebaskan kerana bukti-bukti pendakwaraya tidak mencapai tahap prima facie.

Perkarangan mahkamah di kawal ketat oleh Polis Simpanan Persekutuan.

TV Selangor turut difahamkan pada jam 4.30 pagi tadi penyokong Anwar menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak ke mahkamah pada jam 7.00 pagi.

Dalam pada itu, Peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau percaya Anwar tidak bersalah dan kes itu perlu digugurkan dari awal lagi.

“Jelas (pendakwa raya) tiada kes sejak dari awal lagi,” kata Sankara.

Pasukan guaman Anwar menegaskan Ketua Pembangkang itu sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengadu Saiful Bukhari Azlan menemui Najib dua hari sebelum membuat tuduhan kononnya beliau diliwat oleh Anwar pada Jun 2008, selepas Anwar memimpin Pakatan Rakyat untuk menafikan Umno-Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihanraya umum tiga bulan sebelum itu.

Pakatan juga menawan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain mengekalkan kuasa di Kelantan.
-tvsnews-

Tiada ulasan: