"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sebelah wajah budak lelaki penuh bulu

DEHUI, China: Seorang budak lelaki membuatkan doktor-doktor bingung kerana sebelah wajahnya yang dipenuhi bulu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelah wajah An Qi, 8, ditumbuhi bulu sejak dia dilahirkan tetapi bulu pada wajahnya itu semakin panjang apabila umurnya meningkat.


AN QI, dari Dehui, Wilayah Jilin dilahirkan dengan sebelah wajahnya dipenuhi bulu.
An Qi yang menetap di sini, Wilayah Jilin berkata, dia sedih mengenangkan keadaan dirinya yang kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakan sekelas.

Ayahnya, An Fenglin, meninggal dunia ketika An Qi berusia empat tahun manakala ibunya, Fan Chunfeng pula diserang sakit mental.
Dia kini tinggal bersama datuk dan neneknya.
Namun, nasib kanak-kanak malang itu bakal berubah tidak lama lagi selepas sebuah hospital tempatan menawarkan pembedahan percuma untuk membuang rambut lebat yang memenuhi sebelah wajahnya.
- Agensi-

Tiada ulasan: