"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Melarang Ali Rustam Bertanding, Ini Bermakna Ada Pakatan Beri Kemenangan Selesa Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebenarnya !!


KUALA LUMPUR - Tiada konspirasi, itulah yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak dan juga Lembaga Displin UMNO berhubung isu tindakan displin terhadap Naib Presiden UMNO Ali Rustam untuk bertanding dalam pemilihan parti itu minggu depan. Bahkan, tiba-tiba Ali Rustam juga mengeluarkan kenyataan yang sama tentang perkara ini. Sementara itu calon "popular" untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau telah mempengaruhi keputusan Lembaga Displin berhubung dengan perkara itu. Ramai yang kecewa terutamanya penyokong setia Ali Rustam bila beliau yang berpeluang cerah untuk menang tiba-tiba terpaksa berundur secara terhormat akibat politik wang. Biarpun Lembaga Displin menyatakan beliau bersalah, namun Ali Rustam dalam sidang media semalam secara jelas menyatakan beliau tidak bersalah. Rakyat semakin keliru melihat"sandiwara politik" ini sebenar. Tambahan pula Ali Rustam hanya dikenakan tindakan tidak boleh bertanding merebut jawatan tertinggi parti itu, sedangkan semua agen-agennya telah digantung keahlian selama tiga tahun. Soalnya disini, jika agen-agennya terlibat dan didapati bersalah serta menerima hukuman seberat itu maka apakah alasan Lembaga Displin yang hanya melarang Ali bertanding sahaja. Sedangkan jika isu ini ialah"politik wang", bukankah kesemua agen-agennya itu didapati bersalah itu kerana mereka membawa dan merasuah wang yang diberikan oleh Ali Rustam itu sendiri sebenarnya.

Maknanya beliau adalah punca segala yang berlaku. Jika tiada wang dari Ali Rustam, mana mungkin agen-agen beliau dapat melaksanakan tugas masing-masing. Maka itu, jika agen-agen beliau dikenakan tindakan gantung tiga tahun sepatutnya Ali Rustam menerima hukuman yang lebih berat dari itu k erana beliau adalah 
"bapak rasuah" yan berlaku. Ini adalah satu penganiayaan sebenarnya terhadap pemimpin UMNO Bukit Katil terbabit. Tindakan yang dibuat oleh Lembaga Displin jelas sekali mengundang kontroversi sebenarnya. Mereka ternyata gagal melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama. Sungguh pelik bila kesalahan yang sama tetapi hukuman yang berbeza dikenakan kepada pesalah. Tambahan pula hukuman "amaran" yang diberikan kepada beberapa orang lagi pemimpin UMNO jelas sekali tidak akan memberi apa-apa makna kepada pemimpin terbabit. Jika amaran itu dianggap sebagai hukuman, maka ia ternyata meleset sama sekali. Malah ia langsung tidak akan dapat mengajar puka-puak UMNO dari keluar dari amalan rasuah yang sudah sebati dalam diri mereka itu. Sepatutnya jika tindakan dan hukuman yang mahu diberikan, ia tidak ada istilah amaran sebenarnya. Adalah lebih elok mereka dihukum dengan kadar penggantungan yang minima, misalnya enam bulan atau sebagainya. Ini akan mengajar pemimpin terbabit supaya lebih takut untuk mendekati amalan itu.

Tindakan memberi amaran tidak memberi apa-apa makna kepada pemimpin terbabit tambahan pula orang seperti 
Khairy Jamaluddin. Adalah lebih elok mereka diberi amaran, dihalang bertanding dan dikenakan hukuman gantung yang minima daripada memberi amaran semata-mata. Inilah yang menimbul kemarahan yang akan mewujudkan perpecahan dikalangan ahli UMNO sebenarnya. Namun, agak mengelirukan apabila ada pula pemimpin UMNO yang mengganggap Ali Rustam sebagai"pejuang UMNO sejati" gara-gara kes politik wang ini. Begitu dangkalnya pemikiran puak-puak UMNO terbabit. Satu perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah hukuman yang diterima oleh Ali Rustam yang hanya digantung bertanding jawatan kedua tertinggi parti itu minggu depan wajar?. Ada yang berpendapat, bagaimana sekiranya keputusan ini tidak berlaku ketika menjelangnya pemilihan agung parti?. Apakah Ali Rustam akan dilarang bertanding juga? Masalahnya bertanding apa jika tiada pemilihan?. Inilah yang tidak masuk akal sebenarnya. Sepatutnya Lembaga Displin perlu mengenakan hukuman yang setimpal disamping tidak boleh bertanding beliau juga harus digantung keahlian selama tiga tahun seperti yang berlaku kepada mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Isa Samadbeberapa tahun sebelum ini.

[Justeru itulah, kami mengesyaki memang adanya konspirasi untuk menghalang Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO itu sebenarnya. Mungkin juga ia dari Najib Razak sendiri atau pun Muhyiddin Yassin, kerana awal-awal lagi mereka telah bersetuju untuk berganding dan berkerjasama sebelum ini. Maka bila Ali Rustam dan Mat Taib turut menerima pencalonan bertanding jawatan itu. Ia memberi sedikit tamparan hebat kepada Muhyiddin. Beliau tidak takut kepada Mat Taib, tetapi lebih risaukan kelibat Ali Rustam. Maka bila Ali tidak dapat bertanding ia seolah-olah satu kemenangan percuma kepada Muhyiddin Yasing dalam pemilihan agung parti itu minggu depan. Apapun kita sama-sama tunggu dan lihat perkembangan konflik dalaman UMNO ini nanti].    

Tiada ulasan: