"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar ulangi sedia bincang dengan BN

PULAU PINANG, 17 Mei: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kesediaan beliau untuk berbincang dengan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di negeri Perak.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Tok Elong, Penanti, Bukit Mertajam.

Menurut Anwar, syarat penting perbincangan ini adalah Dun Perak harus dibubarkan dengan seberapa segera. Dengan cara ini beliau yakin kemelut politik yang berlaku di Perak ini akan segera teratasi.

"Kita daripada Pakatan Rakyat sudah sepakat bahawa perbincangan boleh diadakan tetapi dengan syarat bahawa Dun Perak mesti dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menjadi hakim.

"Ia harus diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.Hanya dengan keputusan rakyat sahaja maka keadilan akan dapat dicapai.Kadangkala kita merasa begitu hairan dengan Barisan Nasional(BN)yang begitu takut untuk membubarkan Dun Perak.

"Apakah yang mereka takutkan sehingga cuba mengelak untuk mengadakan pilihan raya sedangkan ia jelas membuktikan bahawa bukan sahaja rakyat negeri Perak yang mahukan pilihan raya diadakan di situ malah majoriti rakyat dalam negara mahukan krisis politik yang berpanjangan ini dapat diselesaikan," katanya.

Tiada ulasan: