"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buang Bayi :Lihat Pernyataan 4 Wanita, Anda Tafsirkan.

laniisma

Amatlah malang kerana budaya zina semakin membudaya dalam masyarakat dan natijahnya kekejaman pembuangan bayi. Kita perhatikan bagaiaman reaksi empat wanita mengenai isu tersebut.

Kita lihat pernyataan pertama Rosmah Mansor "Insya Allah, saya rela bekerjasama dengan badan kerajaan serta pihak lain bagi membendung isu pembuangan bayi,"

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula memberi kenyataan “Saya meminta pegawai JKM bersedia 24 jam, walaupun ketika pejabat tidak beroperasi bagi membantu mereka yang bermasalah supaya tidak mengambil jalan singkat membuang bayi kerana takut malu atau menerima hukuman,”. (gaya membodek lagi)

Kenyataan ketiga Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe berkata, “akta yang ada perlu diperketatkan supaya kejadian terbabit dapat dielakkan daripada terus berleluasa”.

Kita perhatikan pula kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor, Dr Halimah Ali "Saya berpendapat ia disebabkan kelemahan sistem pendidikan dan sistem sosial Malaysia”. Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci kedua-dua sistem tersebut agar masalah ini dapat dibendung secepat mungkin.

Daripada tiga kenyataan pertama, mereka hanya berkata agar dapat membendung masalah pembuangan bayi. Mereka tidak bercakap bagaimana kaedahnya untuk mengelakkan asas masalah iaitu zina daripada berlaku. Masalah berlakunya zina yang perlu diberi perhatian. Sekiranya zina tidak berlaku, tiadalah bayi menjadi mangsa dibuang.

Jadi di sini adalah reaksi mereka tentang cara mereka menjawab untuk menangani permasalahan ini. Anda lihat pernyataan terakhir. Adakah ada bezanya, anda semua mampu mentafsirkannya.

http://www.ek-ele.co.cc/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sayang sebab isu asas pada semua ni tak dipandang serius.