"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Tiada Ahli PKR Cabang Kuala Selangor Keluar Mesyuarat'

SHAH ALAM 15 MAC: Tiada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor meninggalkan mesyuarat agung tahunan cabang parti itu, kata Setiausaha Kepimpinan PKR Selangor, Hamidi Hassan hari ini.

Beliau menegaskan mereka yang mendakwa kononnya ‘meninggalkan’ mesyuarat itu, sebenarnya tidak berada di dewan ketika mesyuarat AGUNG cabang berkenaan yang berlangsung pada 14 Mac 2010.

Dalam satu kenyataan media, Hamidi yang juga wakil pemerhati bagi mesyuarat cabang berkenaan menyatakan kenyataan kononnya 50 ahli PKR cabang itu keluar dewan, langsung tidak benar.

Katanya, kehadiran mesyuarat itu seramai 241 orang, jauh lebih dari mencukupi dari keperluan mesyuarat iaitu 30 orang, malah jumlah kehadiran jauh lebih baik berbanding mesyuarat sebelum ini.

Beliau juga memberi penjelasan bahawa panggilan notis bertarikh 25 Februari 2010 telah dikeluarkan dan diiklankan dalam sebuah akhbar bagi mengelakkan masalah notis tidak sampai melalui pos.
-tvselangor-

Tiada ulasan: