"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AMK tahan 10 bas didakwa bawa 'pengundi hantu'

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menahan 10 buah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) cawangan Peretak di Hulu Selangor awal pagi tadi.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan bahawa kira-kira 80 anggotanya menahan bas tersebut yang membawa kira-kira 400 hingga 500 dipercayai pengundi hantu kira-kira jam 3.15 pagi tadi.

Susulan kejadian tersebut wakil AMK telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 3.45 pagi.

Menurutnya, tidak lama selepas laporan polis itu dibuat, dua kereta peronda polis tiba bersama empat anggota.

Bagaimanapun Shamsul Iskandar mendakwa, anggota polis tersebut tidak dapat berbuat apa-apa dan menyatakan "mereka tidak masuk campur, kena tunggu pegawai penyiasat datang"

"Bagaimanapun sampai sudah pun, pegawai penyiasat tak datang," katanya.
Shamsul berkata, selepas itu mereka berbincang dengan seorang penumpang bas tersebut yang memakai baju Pemuda BN.

Bagaimanapun, katanya, rundingan tersebut tidak berhasil.

Berikutan itu, Shamsul mendakwa, bas-bas berkenaan bertindak beredar dari situ.

Katanya, anggota AMK mengekori bas-bas tersebut sehingga sampai ke Rasa, Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

Menurut Shamsul lagi, pihaknya dapat mengesan bas-bas tersebut hasil risikan yang dijalankan AMK pada sekitar jam 2 pagi.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: