"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua Lelaki 'SPR' Berkempen, Kereta Logo BN Masuk Kawasan Larangan

HULU SELANGOR, 25 APR: Sekurang-kurangnya dua lelaki yang memakai kemeja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah, dikesan berkempen untuk Barisan Nasional dengan mengajak pengundi memangkah BN.

Perbuatan mereka menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat, apatah lagi mendapati sebuah kereta yang tertampal logo BN dibenar masuk ke kawasan larangan kira-kira jam 10.20 pagi.

Tindakan mereka ini dikesali dan seakan-akan mengesahkan dakwaan betapa suruhanjaya itu berlagak sebagai parti komponen BN.
-tvselangor-

Tiada ulasan: