Herman Samsudeen
Bermula dengan pengakuan beliau bahawa beliau tidak tahu pasal masih wujud anggota MIC yang mahu Palanivel dicalon, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tanpa segan silu mencalonkan V.Mugilan sebagai calon di Hulu Selangor.
Memang kesian sebab sebelum SPR umumkan tarikh penamaan calon lagi nama Palanivel disebut-sebut sebagai calon.
Kami yang duduk dalam Pakatan pun boleh tahu, ini pula Khairy yang jadi Ketua Pemuda BN.
Ingatkan itu hanya satu lakonan, rupa-rupanya Khairy memang ada masalah daya ingatan.
Terbaru beliau dengan selambanya menafikan dan mengatakan tidak tahu pasal papan tanda, poster dan kain rentang yang menghina Zaid dan Anwar yang dipasang di sekitar Hulu Selangor.
Setelah AMK buat laporan, barulah beliau arahkan pemuda-pemuda BN menurunkan papan tanda, poster dan kain rentang berkenaan.
Jelas-jelas terpampang logo BN dalam semua bahan berkenaan, macam mana Khairy tak tahu. Mereka yang tak datang Hulu Selangor pun tahu hal ini.
Memang lemah daya ingatan Khairy, patutlah Najib tak bagi dia jadi Menteri. Kalau dilantik pun dia tak tahu apa-apa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan