"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

P094 : Adakah Polis juga bertanding?

Anak Sungai Derhaka
 Bagi yang hadir di hari penamaan calon PRK Hulu Selangor hari ini 17 April, pasti akan mentertawakan laporan berita media Pro UMNO yang mengatakan kehadiran penyokong BN adalah seramai 10,000 orang kerana hakikatnya kehadiran mereka bukanlah seramai itu..

Dan walaupun aku sendiri yang berada di lokasi penamaan calon itu dalam keadaan pening lalat kerana tidak tidur semalaman kerana memandu dari Permatang Pauh ke Hulu Selangor, aku masih mampu untuk mengira..

Jika ditolak kehadiran budak-budak sekolah yang dibawa mereka jumlah mereka mungkin lebih kecil atau sama dengan jumlah kehadiran anggota Polis yang dikerahkan bertugas pada hari penamaan calon itu.

Agak menghairankan kenapa kerajaan perlu meletakkan begitu ramai anggota Polis disini, adakah orang Malaysia sekarang terlalu ganas? Entahlah...

Jika penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional hadir untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap calon mereka.. adakah anggota Polis yang berada di lokasi itu adalah untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap calon yang diletakkan oleh mereka?

Polis mengawasi tindak tanduk penyokong BN






Saksikan betapa ramainya anggota polis yang dikerah menjaga keselamatan
penyokong Pakatan Rakyat..

Anggota polis Trafik ini begitu berminat untuk merakamkan gambar penyokong
Pakatan Rakyat yang hadir, dan kerana berminat untuk merakamkan gambar
beliau aku telah termasuk kedalam kelompok penyokong UMNO/BN..

Cubaan menunjukkan kekuatan oleh anggota FRU yang langsung tidak
diendahkan oleh penyokong Pakatan Rakyat di atas bukit.

Kawat berduri yang diletakkan atas faktor keselamatan yang telah
menjejaskan keselamatan pemimpin MIC.

Pegawai polis ini ditertawakan oleh rakannya kerana kegagalannya untuk
mendapatkan T-Shirt yang dipakai oleh Chegu Bard..
gambar ini dari sharpshooter.

Bagaimanapun kesanggupan anggota-anggota Polis ini dalam menjaga keselamatan Penyokong Pakatan Rakyat wajarlah kita hargai.. Tanpa mereka kita Penyokong Pakatan Rakyat mungkin akan menjadi mangsa keganasan penyokong Barisan Nasional yang terkenal dengan sikap tidak bertamaddun itu..

Terharu juga aku bila melihatkan begitu ramai anggota Polis yang menjaga keselamatan Penyokong Pakatan Rakyat,

Terima Kasih buat anggota Polis yang bertugas khasnya anggota Polis Trafik yang telah mengawal lalu lintas dengan jayanya sehingga menyebabkan aku terperangkap dalam kesesakan lalu lintas didalam sebuah Bandar yang Kecil ini hampir Dua Jam..

Tiada ulasan: