Anak Sg Derhaka
Kerana ketandusan penyokong yang sudi hadir secara sukarela bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap BN dan dalam usaha mereka untuk membolehkan media melaporkan bahawa kehadiran penyokong mereka juga adalah besar dan setanding dengan Pakatan Rakyat, BN sekali lagi terpaksa menggunakan budak-budak sekolah yang sepatutnya berada dirumah mengulangkaji pelajaran.
Kalau dalam PRK Bagan Pinang dulu BN telah membawa begitu ramai budak budak sekolah, peristiwa ini juga diulangi oleh mereka di hari Penamaan Calon PRK Hulu Selangor hari ini 17 April 2010.
Lihatlah.. demi menunjukkan mereka juga punya sokongan yang besar.. mereka telah menggunakan Budak-budak sekolah yang sudah tentu belum layak untuk mengundi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan